Mar 8, 2010

TEMPAT SELAMAT TU DIMANA?


Kebelakangan masa kini sudah menjadi perkara biasa pada pimpinan yang bermasaalah. Pertama bermasaalah terlibat rasuah yang berbagai bentuk dan kedua bermasaalah tidak mahu terlibat bentuk rasuah atau tidak bermasaalah.

Orang-orang ini akan mencari tempat untuk berteduh. Kerana mereka yakin pada diri mereka dan mengumumkan pada media, samaada baik atau buruk untuk rakyat itu soal kedua.

Mengapa hari ini, suasana politik dan berpolitik, keterlaluan dilihat seperti untuk kuasa memerintah menjadi perkara main-main. Pada hal rakyat menjadi keliru, akibatnya rasuah menjadi-jadi.

Anak bugis tidak mahu menyebut sesiapa, mengapa ramai pemimpin tukar parti untuk menyokong parti lawan.Situasi sekarang di Semenanjung dan akan merebak sehingga ke Sabah juga Serawak, Parti yang berlawan adalah satu lawan satu.(maksudnya BN dan PR).

Anak Bugis berpendapat terlalu banyak faktor yang sesuatu menjadi begini. Anak Bugis juga merasakan ramai diluar sana sependapat seperti yang disebut begini:

*Bersih (semasa dalam bn menjadi kayu/lantang, keluar dan masuk PR)

*Tidak dapat larva (semasa dalam bn dan ikut PR, perjuangannya tetap tidak iklas)

*Kecewa (keluar parti dan tidak mempunyai parti)

*Bermasaalah rasuah (dari PR masuk bn semula kerana bn menghalalkan cara).

Pemimpin-pemimpin ini lah yang menjadikan masaalah kepada rakyat sehingga membawa ekonomi menjadi tidak menentu. Negara menjadi rugi, sebab rakyat kerja semata-mata untuk terus hidup.(contoh pekerja bancuh teh dikedai makan, untuk dapat gaji dan satu lagi ingin maju)

Berbalik pada hari-hari ini, sepertimana Ezam, Fairuz, Zahrin, Zulkifli. Mereka ini amat berbeza dengan menghalalkan cara. Mengapa mereka disatu masa dulu keluar umnobn ?

Kesimpulannya masing-masing mempunyai ajenda sendiri dan berkepentingan.Mengapa komponan parti PR seperti melengah-lengahkan kalau benar-benar untuk meyakinkan kepada rakyat dasar perjuangan ini dengan maksud benar tulin?

Anak Bugis amat faham konsep “Dasar Perjuangan”. Anak Bugis tidak mahu menjadikan itu sebagai retorik. Jika tidak ada pembetulan dari akar umbi, Anak Bugis merasa rakyat akan kecewa. Kerana Rakyat, sebab “dasar perlembagaan demorasi berparliman mengikut sistem pilihanraya”. Itupun jika telus.

Di mana DSAI sekarang yang bermati-matian memperjuangkan rakyat, pada masa yang sama akar umbi seperti mempersendakan perjuangan itu ? Dan Dimana Kita Sekarang?

anak bugis

No comments:

Post a Comment

good