Mar 1, 2010

"Lidi dan tali adalah MOTO kami".

RUMPUN DENGAN IKATAN YANG KUAT ITU MATLAMAT KAMI

AMK punya jati diri ttp perjuangkan selagi terdaya dari kemampuan kami. kami sdg membersihkan, bagaikan "sebatang lidi bila dirumpukkan menjadi penyapu dgn ikatan yang kukuh" sudah tantu penyapu ini bermakna kpd rakyat. bukan menghulurkan penyapu untuk tuntunanan dan dijadikan model.

"Lidi dan tali adalah MOTO kami".

Kenyataan dangkal dari orang ini adalah tidak berpendirian. Sama-sama kita berhati-hati dgn penama FB ini.
Ahmad Tajudin Sobri
Ahmad Tajudin Sobri
eh ada AMK klgt kat sini rupenye...amk ni le yg cakap x serupa bikin macam penasihat dia tu si razak x tau malu..berjuang konon..hampeh habuh pun x nampak...hahaha..da keluar pkr bila menang PRU12 pastu nak join pkr balik...siap wat rayuan tu...hahahaha razak2 ada hati nak jadi wakil rakyat klgt konon...tgk tu taip msg pun x betul..amk ni mungkin di anggotai budak lepasan UPSR kot...bodoh' lidi ngan tali moto kami' cam haram je ayat hahahaha...

hidup TUN MAHATHIR!!!

Dalam kenyataan ketua Penerangan AMK Negeri, AMK K.Lgt terus bersemangat dan rakyat Kuala Langat pun begitu. Kita akan terus menyokong kepada yang benar:

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

01hb Mac 2010

AMK Selangor Anggap Gerombolan ‘Virus Trojan’ Sedang Menyerang UMNO/BN

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap tindakan keluar parti beberapa individu daripada PKR merupakan gerombolan ‘Virus Trojan’ yang akan memberi kemusnahan dahsyat kepada UMNO/BN. AMK Selangor yakin ‘Virus Trojan’ jenis pemusnah ini akan mengkucar-kacirkan UMNO/BN dari dalaman yang terus akan mengakhiri pemerintahan UMNO/BN selama 50 tahun.

AMK Selangor yakin pendokong perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat tidak mudah lemah semangat dengan serangan UMNO/BN bertali arus mutakhir ini dengan pelbagai taktik kotor dan jijik. AMK Selangor mengulangi amaran bahawa ‘sumpahan keramat’ rakyat kepada wakil-wakil rakyat yang mengkhianati amanah rakyat yang mereka pilih akan menghantui sepanjang kehidupan mereka.

AMK Selangor mencabar secara terbuka kepada ADUN dan Ahli Parlimen yang keluar parti ini meletak jawatan segera. Ini kerana mandat yang diamanahkan rakyat adalah mewakili parti yang didokong ketika PRU-12. Jika mereka masih mempunyai maruah dan harga diri perjuangan yang tinggi,AMK Selangor mencabar agar mereka memasuki gelanggang pilihanraya kecil dengan mewakili parti mereka masakini.

AMK Selangor berharap UMNO/BN tidak usah mendabik dada tetapi ingatlah ‘Virus Trojan’ ini akan memusnahkan dan memecahkan bahtera UMNO/BN yang semakin bocor di sana-sini.Kita yakin rakyat semakin bijak membuat analisis dan bacaan politiknya sendiri.AMK Selangor bertekad akan terus menggerakkan rakyat untuk ‘Selamatkan Malaysia’ dan membawa agenda perubahan total walaupun ‘badai taufan politik’ semakin kuat melanda.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan

AMK Selangor


Ketua Penerangan AMK Cabang K.Lgt.


No comments:

Post a Comment

good