Feb 5, 2010

SELCAT YANG BERTANGGUNGJAWAB

SELCAT yang baru lepas, telah selesai memanggil 3 ADUN yang menggunakan peruntukan ADUN agak berlebihan pada tempoh waktu setahun, dan hadir memberi penerangan. AMK Cabang Kuala Langat, memandang berat sepertimana dari 3 ADUN itu. Seperti ADUN Sri Muda YB Nik Nazmi ada memberi penjelasan seperti begini:-

"Saya menerima banyak SMS dari rakan-rakan apabila mereka membaca bahawa saya dipanggil oleh Jawatankuasa Terpilih Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Negeri Selangor (SELCAT) pagi tadi.

Sebenarnya saya bersama-sama YB Ronnie Liu (Pandamaran) dan YB Shuhaimi Mat Shafie (Sri Muda) memang dipanggil SELCAT sejak tahun lepas lagi memandangkan kami membelanjakan melebihi 70 peratus peruntukan kami untuk tahun 2009 pada bulan Jun.

Anggota SELCAT yang hadir pagi tadi merupakan YB Teng Chang Khim (Speaker), YB Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), YB Haniza Talha (Timbalan Speaker), YB Shaari Sungib (Hulu Klang) dan YB Edward Lee (Bukit Gasing).

Pagi tadi saya ADUN terakhir sekali dipanggil selepas YB Ronnie dan YB Shuhaimi. Saya menjelaskan ada dua faktor menyebabkan peruntukan saya begitu banyak dibelanjakan pada awal 2009. Pertama ialah banjir yang melanda Kelana Jaya pada hujung 2008 yang mana saya membelanjakan sebahagian besar peruntukan saya (RM26,000) bagi meringankan beban penduduk.

Seterusnya kawasan saya juga banyak mempunyai kawasan kos rendah yang padat seperti Kampung Lindungan, Desa Mentari dan Ladang Glenmarie. Justeru banyak wang saya dibelanjakan bagi program-program dan sumbangan kemasyarakatan di kawasan tersebut.

YB Teng telah mengiktiraf perbelanjaan DUN Seri Setia untuk projek-projek kecil yang memenuhi garispanduan Pejabat Daerah (30 peratus dari jumlah peruntukan). Alhamdulillah selepas kira-kira 10 minit SELCAT berpuas hati dengan penjelasan saya. Saya juga menjelaskan saya berhasrat mengawal perbelanjaan tahun 2010 dengan lebih berhemah agar dapat bertahan ke hujung tahun, insya Allah".

Bagaimana pula ADUN-ADUN yang lain, yang belum dipanggil? Tetapi ada juga ADUN yang sukar menggunakan peruntukan itu untuk kepentingan penduduk kawasan. Seperti di DUN Teluk Datuk, AMKC K.Lgt merasa tidak berpuas hati kerana dimaklumkan penduduk dengan berbagai aduan untuk kepentingan penduduk, banyak beliau abaikan. Hinggakan bila diperhatikan carta dari laman web Pejabat Daerah, peruntukan yang digunakan terlalu sedikit. (bagus). Tetapi banyak yang memerlukan untuk kepentingan rakyat kawasan, Adun ini seperti tidak endah dan berkata tiada peruntukan. Apa tanggungjawab YB ini?