Feb 14, 2010

KALAU ITULAH KEPUTUSANNYA, AMAT TIDAK BIJAK SEBAGAI WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT.

AMK CABANG KUALA LANGAT MENGALUKAN SIAPA LAGI !!!

AMK Cabang Kuala Langat mengharapkan ramai lagi wakil rakyat dalam PR berfikir sebelum rakyat menyampah. Wakil rakyat yang merasa tidak dapat menjalankan kerja tanggungjawab kepada parti dan rakyat, baik lah menarik diri untuk letak jawatan sebagai wakil rakyat.
Jangan memalukan diri sendiri bagaikan BERSIH, CEKAP, AMANAH untuk kepentingan diri dan menyimpang dari keputusan parti.
AMK Cabang Kuala Langat juga memperingatkan kita adalah manusia biasa dan tidak dapat lari kesilapan. Dengan itu, bersiap sedia untuk berbalik kepangkal jalan jika telah melakukan kesilapan semasa menerajui kepimpinan sebagai wakil rakyat. Jika anda berdegil, tunggu dan berdepanlah dengan ujian Allah. Jangan bermanis dimulut, hati lebih busuk dari kasturi.
INGAT! KAMU DIPERHATIKAN......


KUALA LUMPUR, Feb 14 — Lima lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut bakal keluar parti itu — sebahagian daripada tindakan wakil rakyat yang dikatakan kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya PKR sendiri.

Mereka dijangka membuat pengumuman tentang pendirian masing-masing dalam beberapa hari lagi, tindakan yang dikatakan akan menguji kepimpinan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua sejak 1998. Seterusnya