Jan 21, 2010

UMNO MAKIN TERDESAK

"CAKAP SALAH, TAK CAKAP SALAH"



Sementara itu juga, AMK Kuala Langat merasa sedih akibat terlepas pandang kepada pegawai-pegawai yang berkepentingan dari pimpinan kerajaan Selangor yang melantik untuk membantu exco menjalankan tugas kepada rakyat. Sepertimana tangkapan pegawai kepada YB Yaakob, AMK Kuala Langat amat bersetuju. Parti Keadilan Rakyat mempunyai prinsip terbuka. Jika didapati bersalah, perlu diadili dengan siasatan terbuka kepada keadilan.

Perkara melibatkan pasir telah lama diperingatkan kepada pimpinan. Pasir yang beroperasi dikawasan Kuala Langat, keterlaluan berlaku unsur rasuah. Apa yang berlaku, apabila dimaklumkan, langsung tidak dipedulikan. Pimpinan mudah percaya kepada maklumat yang merosakkan.

Kepada Yaakob Sapari dan exco yang lain, perlu beringat apabila ambil pegawai sebagai pembantu. Ramai yang mengadu bahawa pegawai dipejabat Yaakob, tidak telus. Salah satunya apabila surat-surat penting dari rakyat yang dihantar kepada exco kerap hilang akibat salah guna kuasa dan berbagai lagi aduan yang boleh difinasikan tidak jujur sebagai membantu rakyat. Sebaliknya yang tidak berkepentingan dituduh yang bukan-bukan.

Pendek kata, pegawai itu dianggap "lebih sudu dari kuah".


UBAH SEBELUM TERLAMBAT

Jika rakyat berkata benar, terimalah walaupun pahit. Kenyataan yang disiarkan di sini bukan untuk menjatuhkan maruah atau memalukan sesiapa. Jika terkena batang hidung pemimpin tertentu, insaflah kerana CCTV Allah Yang Maha Esa tidak pernah padam. Pembalasan Ilahi tetap mendatang.

Jangan marah kepada mereka yang memberi maklumat kepada masaalah terlepas pandang atau menyampaikan keluhan mereka kerana isu harus diselesaikan dan bukannya memecat mereka yang mendedahkan rahsia kemungkaran.

oleh ;Penasihat AMK K.Lgt.