Jan 25, 2010

PROGRAM PONGGAL DI PULAU CAREY

KEHARMONIAN PENDUDUK MENUNJUKKAN MASYARAKAT LEBIH MATANG

Program Ponggal yang berlangsung pada Ahad 24 Januari 2010, di Kg Tan Sri Manikavasagam Pulau Carey amat meriah dan mendapat sambutan dari penduduk setempat. Program ini berjaya dilaksanakan oleh penduduk sekitar dan kerana kekuatan minda persatuan penduduk yang bersatu padu(kelab Bell Kg P.Carey).

Dan bantuan sumbangan yang berbentuk wang ringgit dari peruntukan YB Adun Sejangkang serta Pengerusi Belia Zon berjaya membantu program itu berlangsung dengan jayanya.
Kehadiran pimpinan terserlah menunjukkan keraian penduduk kepada pemimpin semasa bersama disitu. Kata N.Ketua AMKC sdr K.Kunahlan(gambar sebelah)


Pengerusi Belia Zon bergambar bersama Naib Ketua AMKC dan Setiausaha AMKC K.Lgt.
Ahli Majlis MDKLgt dan Ketua Belia Kelab Bell menerangkan keharmonian penduduk kepada Sdr Abdul Razak

Penduduk bergambar beramai-ramai bersama YB Adun Sejangkang


Gambar atas: Pimpinan Kuala Langat bersama Penduduk

Kelihatan Ketua Penerangan bersama Naib Ketua AMKC K.Lgt asyik memerhati sesuatu.

Ahli Majlis MDKLgt sedang memasak Nasi Ponggal

Gambar bawah:Kelihatan peserta-peserta memasak Nasi Ponggal mengambil tempat untuk memulakan acara.






Kanak-kanak gembira bermain, difahamkan juga oleh pengerusi Kelab Belia Bell, alat permainan itu menelan belanja RM yang tidak masuk akal. Peruntukan itu katanya datangnya dari Pejabat Daerah Kuala Langat. Inilah hasil lebih 50 tahun merdeka, kerja-kerja ini, datangnya dari kerajaan pusat, 2 alat permainan yang nampak dalam gambar, 2 kuda spring, 2 buah bangku batu dan satu lagi padang badminton yang berada dilain tempat kerana kawasan disitu tidak mencukupi, yang menelan belanja difahamkan RM80 ribu. (Bolehlah SPRM menyiasat apakah kenyataan itu betul atau tidak).