Jan 18, 2010

PROGRAM POGGAL 2010

PROGRAM SUKAN HARI PENUTUP PERAYAAN PONGGAL

Sambutan perayaan Ponggal yang berlangsung beberapa hari lepas telah berlalu. Dan Naib Ketua AMK Kuala Langat (Sdr K.Kunahlan) serta perpaduan Pemuda-pemuda penduduk Kampong Sungai Sedu pula telah mengadakan Program Ponggal dengan acara penutup iaitu sukan rakyat. Sdr K. Kunahlan mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua penduduk yang terlibat menjayakan program sehingga selesai. Serta mengharapkan pada tahun hadapan akan diteruskan program yang lebih menarik lagi kiranya ada bantuan sumbangan dari mana-mana pihak yang ingin menyumbang. Walaupun kali ini tidak ada mana-mana sumbangan yang diterima, tetapi semangat pemuda yang berkarisma menunjukkan semangat "kami boleh", dan telah terbukti kerja sihat berlangsung.
Perayaan seperti ini juga amat penting untuk mengingati bagaimana nenek moyang yang terdahulu menyambut perayaan Ponggal serta menampilkan perpaduan masyarakat setempat dan semua kaum.
Program itu berlangsung pada tengah hari hari Ahad 17.01.2010 dan berakhir sebelah petang. Dilihat semua perjalanan program berlangsung dengan baik dan diharap berterusan, serta tidak ada lagi yang mengatakan penduduk Kampong Sungai Sedu suka membawa perkara tidak sihat sepertimana tahun-tahun yang lalu semasa BN memerintah.






















Keharmonian yang ditunjulkan oleh pemuda-pemuda dan pemudi, Kampong Sungai Sedu amat menyakinkan AMK Kuala Langat dan mengucapkan tahniah kerana sokongan penduduk kampong, bekerjasama menjalin perpaduan kepada kearah perubahan dan tidak ada sebarang anasir-anasir tidak sihat yang menular sepertimana yang terjadi seperti yang lepas-lepas.
Bolehlah ditabsirkan, apa yang berlaku sebelum ini adalah perbuatan orang luar masuk kampong mengganggu gugat pemuda-pemuda kampong untuk memburukkan nama baik kampong.