Jan 6, 2010

PERBAGAI ADUAN TELAH DIBUAT DAN APA MASAALAHNYA


Rakyat Kuala Langat telah berubah hampir 2 tahun yang lalu tetapi minda pegawai-pegawai kerajaan masih dikongkong dengan pemikiran lama serta mempunyai unsur-unsur politik UMNO. Biarkan Ahli Politik berpolitik, manakala kakitangan Kerajaan harus memumpukan perhatian dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan adil dan saksama.

Diminta agar Ahli-Ahli Majlis supaya selalu turun padang sebagai langkah mendekati rakyat tempatan dan memastikan kebajikan rakyat terus diambil kira.

Pejabat AMK Cabang saban hari menerima berbagai masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh pihak Majlis, tanpa campur tangan pihak parti. Sepertimana masaalah aduan yang timbul pada saya sebagai Naib AMK Cabang, iaitu seorang usahawa kecil perabut seni tangan mengadu setelah menerima sebuah ruang kedai dialamat No 5, Komplek Industri Kecil Sg Manggis pada October 2008 yang lalu dan semua pembayaran dibuat, seperti yang dikehendaki MDKLgt. Apa yang menimbulkan masaalah pada beliau, ruang kedai yang diterima adalah tiada kelengkapan kemudahan asas seperti ruang kedai yang lain-lain. Beliau juga telah beberapa kali berbincang dengan yang bertanggungjawab tetapi tiada tindakan.

Kemudahan asas yang dimaksudkan seperti:

1- Pendawaian letrik tiada,

2- paip air tiada,

3- Tandas tidak boleh diguna,

4- pintu depan dan belakang rosak dan berbagai.

Saya difahamkan, apabila perkara ini diajukan pada pegawai berkenaan, menjawab dengan berkata “kamu nak berniaga mesti ada modal dan semua itu adalah perbelanjaan sendiri”. Apakah premis kerajaan boleh sesuka hati untuk dibaik pulih oleh penyewa?

Saya telah melihat sendiri primis itu dan tidak layak untuk dibaik pulih oleh penyewa. Sebelum primis itu yang dimiliki secara haram sejak beberapa tahun yang lalu, pendawaian eletrik masih ada. Dan setelah diambil tindakan dan diberi pada yang patut diberi, pendawaian itu habis dibuka oleh pemilik lama itu. Saya juga difahamkan tiada tindakan oleh MDKLgt terhadapnya.

Sehingga kehari ini penyewa masih tidak boleh beroperasi perniagaannya kerana kemudahan asas yang perlu tidak boleh dibuat olehnya kerana kos RM tidak mampu dan tidak ada undang-undang yang beliau perlu buat.

Saya merasa hairan, surat dari saya pada 2 Des 2008 telah dihantar kepada Tuan YDP MDKLgt juga tidak ada tindakan. Saya merasa kecewa sikap YDP serta kakitangan yang tidak prihatin kepada kerja. Telah beberapa kali untuk saya berjumpa dengan YDP, selalunya gagal kerana selalu YDP tiada dipejabat.

INI ADALAH SURAT YANG TELAH DIHANTAR KEPADA YDP DAN ADA COP TERIMA TETAPI TIADA TINDAKAN.

GAMBAR-GAMBAR DIBAWAH ADALAH BERKENAAN PEMBAYARAN PENGESAHAN MDKLgt

Masaalah besar bagi penyewa, primis tidak boleh beroperasi dan semua pembayaran telah dibuat. Kerugian telah bertambah untuk dipikul dengan bebanan ekonomi. Beliau mengharapkan pembayaran yang lepas spt lesen Majlis adalah seperti kerja gila yang diperbodohkan oleh pihak MDKLgt.

Perubahan Minda serta carakerja perlu disegerakan supaya rakyat tidak terus di pinggir, diminta pegawai-pegawai Kerajaan terutamanya Kerajaan Tempatan serta Pejabat Daerah /Tanah untuk bersikap lebih professional dengan memumpukan perhatian kepada kerja yang membawa keselesaan kepada rakyat.

Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah kecil sebegini dengan efektif , bagaimana pula isu-isu yang lebih hebat. Turun Padang untuk meninjau sendiri masalah setempat daripada kita tunggu ianya menjadi isu besar.


K.Kunahlan.

N.K.AMKC K.Lgt.