Jan 12, 2010

HAK-HAK, RAJA-RAJA MELAYU

Tuanku Sultan Selangor menitik berat perlembagaan yang termaktub pada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(4) Dan Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar kerajaan negeri dengan pendirian tegas menghalang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam. Raja-Raja Melayu wajib campur tangan dalam urusan yang melibatkan agama, amat diperlukan kerana ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Raja-raja dalam agama Islam tetapi juga sensitiviti umat Islam.

Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa yang sedia ada di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini. Seterusnya