Jan 22, 2010

BUATLAH KERJA DENGAN IKLAS

SIAPA ORANG INI YANG BERTANGGUNGJAWAB DITANJUNG 12


Sejak beberapa tahun penduduk Kampong Sungai Sedu menghadapi masaalah alam sekitar berbau busuk, lalat, anjing liar dan berbagai. Penduduk sekitar merasa malu apabila kehadiran sanak saudara yang jauh bila terhidu alam sekitar yang tidak menyenangkan. Ada yang tidak sanggup bila mengadakan kenduri atau rumah terbuka, terpaksa bermodal kepada bajet tambahan untuk menyewa dewan semasa jemputan jamuan makan. Dalam penjelasannya lagi Ketua Penerangan AMK Kuala Langat, Sdr Wiliam menambah(gambar sebelah).

Orang ini tidak pernah kelihatan untuk menenangkan keluhan perasaan penduduk sejak beberapa tahun yang lalu. Tiba-tiba, apabila tempat buang sampah sudah ditutup, terpancul pula didada akbar sinar mengeluarkan kenyataan. Amat bagus bila bertanggungjawab begini. Tetapi masaalahnya sebelum ini dimana orang ini?

Sudah la kampong Sungai Sedu dianak tirikan sejak bn memerintah, dan tiada JKKK . Sepatutnya penghulu bertanggungjawab menangani dan selalu turun padang menjengok masaalah rakyat yang bermasaalah, seperti kampong Sungai Sedu.

Penduduk Sungai Sedu tidak sebodoh seperti yang dijangkakan. Apa yang dapat dilihat penduduk, makin lebih berhati-hati, contohnya pada PRU 12 mejoriti pengundi telah membuat keputusan yang bijak untuk menolak bn.

Penduduk amat mengharapkan akan menjadi kenyataan sepertimana kerajaan PR menjanjikan dan telah mengusahakan pengambilan ketua penduduk yang dinaik taraf. Dan penduduk juga masih memerhati ketua yang dipilih mestilah bertanggungjawab untuk semua dan tidak bersifat peribadi.