Dec 20, 2009

Tahniah Kepimpinan DAP, Tidak Seperti Perkauman Sempit Dalam Parti Komponan BN

INI LAH SEMANGAT PARTI ALTERNATIF PAKATAN RAKYAT. NYATALAH KITA DARI PR MENOLAK PERKAUMAN SEMPIT.

Pada minggu lepas Taresa Kok menghadiri majlis khatan dan berkhatam Al-Quran di Masjid As Salam di Puchong. Lebih kurang 100 orang budak lelaki menyertai majlis berkhatan ini.

Dan hari ini pimpinan DAP Perak pula menganjurkan sendiri program itu. Program itu berlangsung di Masjid Expo Kemunting. Dan liputannya dibawah.

Nga Kor Meng di majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Expo Kemunting..



DAP anjur upacara khatan beramai-ramai. DAP berhasrat mendekati masyarakat Melayu dan menjaga kepentingan semua lapisan rakyat demi membawa pembaharuan dalam reformasi nasional !

IPOH: DAP buat pertama kali dalam sejarah politik negara akan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di masjid sebagai tanda hormat kepada orang-orang Islam dan untuk membuktikan perjuangan parti itu adalah untuk semua bangsa dan agama.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan, DAP Taiping akan menganjurkan ucapacara tersebut pada pagi Ahad, 6 Disember ini bertempat di Masjid Expo Kamunting.



Majlis ini julung kali diadakan dan seramai 75 kanak-kanak akan menjalani upacara tersebut dengan penuh adat dan berwarna-warni. Pasukan kompang dan majlis siram air turut akan diadakan.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping, memberitahu media, Pengerusi DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham juga turut akan menganjurkan satu majlis berkhatan beramai-ramai melibatkan 100 orang pelajar di Permatang Kerian, Pantai Remis dibawah program yang sama di Parlimen Beruas.



DAP menghormati Islam dan perjuangan parti ini untuk semua bangsa dan agama, katanya.

Nga juga merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada para petugas khususnya ahli-ahli PAS yang banyak membantu menjayakan majlis penuh bersejarah tersebut.

Sumber, Nga Kor Meng