Dec 3, 2009

TAHNIAH BUAT KERAJAAN SELANGOR, BERANI KERANA KEPENTINGAN RAKYAT


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor bersetuju untuk mengambil tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen laporan akhir kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pada Mesyuarat Exco 18 November lalu, memutuskan bersetuju menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 untuk mengubah status dokumen itu kerana ia menyentuh mengenai isu tanah yang di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pegawai lain dalam Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam membuat keputusan itu, oleh itu, mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan melindungi kesemua pegawainya daripada apa-apa tindakan undang-undang, jika ada, yang berkaitan dengan isu ini.

“Kerajaan Negeri sedang melakukan segenap usaha bagi memastikan badan-badan dalam Kerajaan Pusat memberikan kebenaran untuk mendedahkan apa-apa laporan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.
Klik je