Dec 16, 2009

PENGORBANAN DAN HAKIKAT NYATA.

Sebuah Pembangkang yang terkuat dalam sejarahnya Dewan Rakyat; beserta tiga “kerajaan baru”, selain kekal di Kelantan. Tuan, apakah itu belum memadai? Ya, memang semua ini tak perlu berulang-ulang disebut, karena yang lebih penting, tindakan menuju ‘destinasi’ selanjut. Tapi, sekejap!

Selain ‘kesedaran’ elit Umno-BN, saya hendak bertanya, memang kalau bukan kerana sumbangan besar “faktor Anwar”, mustahil ada “yang dahulunya tak punya ‘apa-apa’,” kini bergelar “YB”, exco, ahli majlis, pengarah itu, pengerusi ini dan bermacam-macam lagi… Fakta adalah fakta. Maaf.

3 November (Selasa malam): saya mengikuti sebuah program yang saya kira penting, “Diskusi Belanjawan 2010″ di Petaling Jaya. Hadirin yang hadir, sekitar 300 orang–angka yang tak perlu disembunyikan. Program itu program yang diatur Kerajaan Negeri Selangor: sebuah niat yang baik dan terpuji.

Usaha yang baik dan terpuji, yang sehening mana sekalipun, perlu khalayak yang tepat selain “kepadatan” dewan. Tak bijak kalau kita meminta Anwar bercakap mengenai bola sepak di hadapan tukang masak, misalnya; samalah agak sia-sia Anwar bercakap tentang ekonomi di hadapan khalayak yang ke Selanjutnya

mana-mana beliau berceramah, itulah orangnya.