Dec 18, 2009

PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Kenapa ?, Mengapa ? Dan dan dan....., berbagai alasan tidak perlu diguna pakai lagi. MP-MP dari PR perlu tidak mengeluarkan kenyataan lagi. Kerana setiap kenyataan yang terkeluar dari MP-MP yang terlibat adalah amat lemah.PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Sebelum dinamakan Pakatan Rakyat, gelaran pada kenalan parti ini Barisan Alternatif dan sebelum itu ada lagi nama yang semasa itu kami masih hingusan dibangku sekolah lagi.PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Kita serupa, itu perkataan cukup sinonim. Kerana kita manusia dan bukan malaikat. Kerana kita yang beragama Islam diturunkan selepas Nabi Muhammad S.A.W, sebagai kalifah dimuka bumi ini. Tidak dinafikan akan berlaku kesilapan yang dinodai oleh saitan lagnat. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Dipendekkan cerita masaalah ini, bawalah bermuzakarah dalam Konvensen Pakatan Rakyat pada 19 Des 2009 ini. Dan berjanji pada diri sendiri serta kepada rakyat untuk bersedia BERUBAH yang diharapkan rakyat kerana semasa berkempin dipentas-pentas ceramah, orang-orang inilah paling hebat berkata mohon rayuan, berhijrahlah kepada memangkah semasa PRU untuk PAS, KEADILAN, DAP dan seangkatan rumpun.Hari ini, yang sangat bermakna untuk PR, rasanya menjadi kabur pada rakyat. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Sebagai yang dipilih untuk bekerja mengubal undang-undang diParliman, adalah tanggungjawab dan sebaliknya boleh menjadi berdosa.PENGALAMAN MENGAJAR KITA

AMK Cabang Kuala Langat menyokong penoh, kenyataan laman web hanyar, berbunyi ,
70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.(YB ini menunjukkan keperihatinan untuk menyokong hasrat rakyat kepada tanggungjawab MP PR).ok la tu! “. Orang-orang inilah yang memerangkap kita nanti apabila PR memiliki tampok Pemerintah Malaysia. Kenyataan akan muncul menjadi nyata Insyaallah. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

70 MP ini akan berkata kami dah beri peluang pada pimpinan Ahli Parliman PR, Kami menghilangkan diri untuk tidak hadir. Sebaliknya MP Pakatan Rakyat tiada wawasan. Mampus kita telopong. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Kita yang bersama-sama berjuang, lebih-lebih lagi DSAI yang sanggup jatuh bangunnya diarena politik untuk rakyat Malaysia yang tertindas. Dengan slogan semasa beliau didalam penjara “ Demi Nasib Anan-Anak dan Generasi Akan Datang, Teruskanlah Perjuangan”. Harapan ini akan menjadi hampa kiranya wakil rakyat tidak bersungguh untuk berubah. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Sedikit coretan di Parliman Kuala Langat. AMK Cabang Kuala Langat sentiasa memerhati lagak MP ini diParliman. Isu-isu Kuala Langat tidak muncul, malah terlalu banyak yang perlu ketengahkan disidang Parliman. Kerana MP dulu dari BN adalah seorang menteri kabinet. Sepatutnya yang beliau begitu cukup pegawai khas dari semua kaum disisinya. Nampaknya pegawai khasnya macam tidak bekerja untuknya. Atau beliau tidak tahu mengarah untuk sesuatu. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Diakhir kata, DSAI buatlah sesuatu untuk mempertahankan kerusi sunami ini untuk kekal bertahan sehingga agenda manifisto PR berjaya menjadi kenyataan dimata rakyat. AMK Cabang Kuala Langat juga mengharapkan semua 83 kerusi Parliman PR kekal dan bertambah diPRU akan datang. PENGALAMAN MENGAJAR KITA

Shahharuddin Shahhabuddun

Ketua AMK Cabang Kuala Langat.
Dan Seluruh Jawatankuasa Cabang.