Nov 24, 2009


AMK CABANG KUALA LANGAT TELAH KENAL PASTI PENGKIANAT PARTI DALAM PARTI.

Semalam AMK K.Lgt telah bermasyuarat dan sebulat suara akan ketengahkan kepada pimpinan tertinggi dengan segala bukti yang kukuh terhadap pengkianat parti dalam parti. AMK K.Lgt berpegang teguh pada prinsip membujur lalu melintang patah kepada kebenaran untuk rakyat Kuala Langat.
Pada 2 minggu yang lalu Penasihat Parti serta Presiden Parti telah mengingatkan agar semua pimpinan serta ahli-ahli parti perlu bekerjasama untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Ramai dari kalangan pimpinan Cabang hadir mengikuti konvensen tersebut. Apa yang dilihat pimpinan Cabang memenuhi syarat untuk menghabiskan wang parti, masa serta tenaga.
AMK K.Lgt akan terus memantau orang-orang yang bermuka-muka pada parti, tetapi dengan kuasa yang ada menjadi pengkianat parti untuk rakyat.
AMK K.Lgt menasihatkan agar semua pimpinan Cabang maupun dari Ranting memahami perlembagaan parti yang memiliki garis panduan.
Parti yang menjadi kerajaan di Negeri Selangor hari ini, adalah kehendak rakyat mejoriti. Kerana rakyat mejoriti mahukan perubahan menjadi kenyataan.
Kepada rakyat yang sayangkan kerajaan PR, untuk terus menjadi kerajaan berkebajikan, dinasihatkan/menyeru agar hantarlah maklumat, setiap salah laku orang berkepentingan yang berjawatan dalam PKR kepada AMK K.Lgt dengan berhemah melalui SMS, EMAIL ataupun bersurat.