Oct 30, 2009

Proses Pembersihan Sedang Berlaku Dalam Pakatan Rakyat

Kemasukan Badrul Hisham ADUN Port Kelang ke dalam UMNO jangan ditangisi atau dirisaukan. Ini kerana tindakan pengecut beliau tidak mahu mengosongkan kerusi Port Klang hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO, Khir Toyo dan Barisan Nasional. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR sedang rancak berjalan.

PKR parti baru. Tidak sampai umurnya 15 tahun. Pada masa PAS berumur 11 tahun, PAS baru sahaja memerintah Terengganu 2 bulan. Di waktu itu UMNO bercadang untuk mengadakan usul tidak percaya kepada PAS. Speaker DUN Terengganu pada waktu itu bernama Taib Selamat dan beliau mewakili PAS.

Seharusnya beliau yang dari PAS boleh melakukan berbagai perkara untuk menghalang usul tersebut dari berjalan. Namun Taib Selamat ini telah "DIBELI" dan beliau telah membenarkan usul tersebut berjalan yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu yang baru berumur 2 tahun itu jatuh.

Kemudian PAS juga telah mengalami berbagai-bagai peristiwa pembelotan oleh kepimpina PAS. Misalnya, bekas SU Agung PAS sendiri pernah lari kepada UMNO, bekas Ketua DEwan Muslimat, bekas Ketua Pemuda. Malahan bilangan ustaz/ustazah yang lari dari PAS kepada UMNO juga cukup banyak. Malahan, golongan ustaz/ustazahlah yang paling banyak meninggalkan PAS kepada UMNO berbanding golongan bukan ulama.

Selepas PRU 1982, PAS menang 5 kerusi Parlimen di Kelantan. PAda waktu itu, bekas Presiden PAS menubuhkan HAMIM dan membawa 4 wakil rakyat PAS di KElantan pergi ke Barisan Nasional. Tinggal Tok Guru Nik Aziz sorang2 dalam Parlimen mewakili PAS.

Dan kemuncak dari pembelotan adalah kemasukan Dato Asri sendiri, bekas Yang Dipertua Agung PAS ke dalam UMNO. Ertinya, Presiden PAS sendiri pernah lari masuk ke UMNO. Apa nak heran.

Kalau nak kata DAP pula, siapa dari DAP yang tak pernah lari ke BN/MCA/Gerakan. Kalau saudara ingat, Chua Jui Meng itu dulu pernah aktif dalam DAP, seterusnya Kerk Kim Hock bekas SU DAP pun skrang dah join dgn BN, kita ingat lagi Liew Ah Kim dan Wee Chee Keong yang lari dari DAP dan tubuhkan MDP. Dulu kita pernah dengar nama Hu Sepang di Seremban juga telah hilang. Dan banyak lagi contoh orang2 DAP yang telah lari meninggalkan perjuangan parti mereka.

Jadi, janganlah kita pula bukak mulut kita dan menyalahkan PKR atas apa yang berlaku pada PKR sekarang ini. ORang2 PAS harus melihat sejarah mereka dahulu yang penuh dengan pembelotan dan pengkhianatan oleh ahli dan pemimpin2 mereka satu masa dahulu.

SAya masih ingat lagi waktu saya bersekolah, saya dengar Mustafa Taib kuat mengatakan UMNO kafir, tapi pada tahun 1998 saya seperti tidak boleh percaya mendengar suara Mustafa Taib memberikan ceramah beliau dalam satu majlis UMNO di TTDI Jaya.

Oleh sebab itu, saya tak heran sikit pun bila Ezam masuk UMNO sekaligus menjilat semua ludah beliau. Ini kerana saya telah melihat orang yang pernah mengkafirkan UMNO menjilat balik UMNO. Apa nak heran Ezam Mat Nor?

Dari Blog
Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/)-