Sep 5, 2009

KETUA AMK SELANGOR TURUN KUALA LANGAT .

Ketua AMK Selangor Sdr Khairul semalam pada 4 sept 2009 Jumaat, turun padang berbuka puasa bersama Jawatankuasa AMK Kuala Langat dan bermasyuarat buat kali pertama serta menyelesaikan masaalah berbangkit.
Masyuarat berlangsung selepas berbuka puasa serta selesai menunaikan solat magrib. Masyuarat juga berlangsung dipejabat AMK Kuala Langat Sungai Sedu.


Setelah bersama Ketua AMK Selangor juga turut bersama AMK Kuala Langat sdr Abdul Razak sebagai penasihat AMK Kuala Langat menasihatkan pada semua yang hadir agar sikap yang menepati masa baik apa sekali pun, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa seharusnya dijadikan amalan yang sama ketika kita menunaikan solat. Kewajipan bagi kita memepercepatkan dalam mengerjakan solat harus dijadikan amalan dan melengahkannya haruslah diubah.Beliau juga menasihatkan semua agar sentiasa melakukan kebaikan dan melaksanakan hukum Allah swt dan tidak memperemehkan amalan kita kepada Allah swt.

Banyak perkara-perkara berbangkit yang telah diajukan dan nampaknya amat berjaya. Dan Ketua AMK Kuala Langat sdr Shaharuddin serta ajk AMK memberi sambutan baik kerana memperkukuhkan parti.