Sep 12, 2009

AMK KUALA LANGAT MERASA KECEWA TERLALU BANYAK PROJEK-PROJEK HANTU DISELANGOR.

AMK K.Lgt terlalu banyak menerima aduan awam dan merasa kecewa apabila aduan itu disalah fahamkan oleh pimpinan. Apabila AMK K.Lgt menyiasat perkara aduan itu, didapati projek-projek infra yang dimaksudkan bukan datangnya dari projek infra MDKLgt.
Walau apapun MDKLgt perlu menitik berat perkara ini, kerana keseluruhan kawasan Kuala Langat adalah kawasan tadbir MDKLgt. Lebih-lebih lagi banyak projek-projek dilakukan dalam kawasan pentadbiran MDKLgt.
Seperti apa yang dilihat sekarang, dikawasan Taman Sri Telok Datuk kerja-kerja naik taraf longkang dilakukan. Pihak MDKLgt memaklumkan bahawa projek itu bukan dikeluarkan oleh PBT. Projek itu dibawah seliaan Kerajaan Pusat.
AMK K.Lgt menekankan bahawa MDKLgt perlu bertanggungjawab kerana projek itu dilakukan dikawasan MDKLgt. Adalah tidak wajar sekiranya projek infra yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, langsung tidak diketahui oleh MDKLgt. Pihak berkuasa MDKLgt wajib tangani masaalah ini untuk kepentingan penduduk masyarakat setempat serta tidak menjadi salah faham.
Rata-rata ramai orang mengatakan projek itu dikeluarkan oleh MDKLgt dan tidak mengeluarkan tender terbuka. Difahamkan juga harga tuntutan projek mencecah RM500 ribu.
Apa yang AMK K.Lgt faham setiap projek kerajaan perlu ada papan tanda projek. (buta masa ini tiada papan tanda) Adalah menjadi satu kesalahan kepada kontraktor itu sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat kerja. Mengapa pihak berkuasa MDKLgt tidak boleh mengambil tindakan?
AMK K.Lgt akan berjumpa dengan YDP K.Lgt sedikit masa lagi untuk keterangan demi kebaikan bersama.


keADILan