Aug 22, 2009

KUALA LANGAT JUGA PUNYAI MASAALAH BESAR TERHADAP MP, KEPIMPINAN PARTI DAN ADUN T.DATUK KEPADA RAKYAT K.LANGAT.

Kita tidak boleh mengarahkan seseorang untuk letak jawatan, tetapi jika itu yang terbaik untuk rakyat mengapa tidak?.

Kita tidak boleh mengarahkan seseorang untuk letak jawatan, tetapi jika itu yang terbaik untuk rakyat mengapa tidak? - MB Selangor

‘Letak jawatan jika tak mampu berkhidmat’

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah supaya melepaskan jawatannya jika tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata langkah meletakkan jawatan adalah yang terbaik sekiranya sudah tidak mampu berkhidmat kepada rakyat kerana PKR tidak akan mensia-siakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika mengulas spekulasi mengenai kemungkinan Badrul Hisham menyertai Umno ekoran tidak puas hati dengan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, lapor Bernama. “Kita tidak boleh mengarahkan seseorang untuk letak jawatan, tetapi jika itu yang terbaik untuk rakyat mengapa tidak?.

Kalau MB merasa penting untuk kepentingan rakyat (AMAT BERSETUJU), selesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat Kuala Langat. Turun padang melihat sendiri apa yang berlaku. Jangan menerima maklumat pada sebelah pihak dan "buat keputusan semua isu dah selesai". Rakyat Kuala Langat mengeluh dengan sikap MP, ADUN T. Datuk dan kepimpinan PKR Kuala Langat.
Rakyat Kuala Langat tidak suka seperti apa yang berlaku diKuala Selangor. Kita sebagai pemimpin jangan sesuka hati berkata kerana mereka kecewa tak dapat projek. Bukan semua bersikap begitu. Kita jangan ada bersikap balas dendam.
Sayangkan parti dan bersikap suka mendengar masaalah rakyat, itulah kerajaan Pakatan Rakyat. Ini tidak sesuka hati, mengambil keputusan mudah. AMK Kuala Langat telah beberapa kali sudah menghantar aduan bersurat kepada negeri maupun pusat, apa yang, berlaku kami dizalimi, seperti tahanan ISA. langsung tidak bertindak untuk menyiasat, seperti menghukum kami tanpa bicara.
Kami dipandang kecil, tetapi adalah besar esetnya untuk kekuatan parti semasa PRU akan datang.