Aug 17, 2009

BENGKIL SEHARI BERSAMA DSAI DI IBU PEJABAT KEADILAN

DSAI Berpesan pada semua pimpinan parti agar perkukuhkan parti dan mantapkan disemua akar umbi supaya rakyat lebih yakin pada Pakatan Rakyat dalam ucapannya di ibu pejabat KEADILAN semalam. Dalam bengkil sehari itu, yang hadir semua ketua-ketua cabang, ketua AMK cabang, ketua wanita cabang, ADUN dan MP. Harapan DSAI semua yang hadir jangan lagi bersikap seperti "CURAH AIR DIDAUN KELADI".
Diucapkan tahniah juga kepada DSAI kerana berani berjanji untuk turun padang setiap minggu diseluruh ceruk Selangor. Dengan hadirnya DSAI nanti, seperti dijanjikan kami AMK K.Lgt percaya semua yang yang tersurat dan tersirat akan menjadi selesai. Pakatan Rakyat akan menjadi hebat dengan keyakinan sebagai Kerajaan memerintah yang betul-betul pentingkan kebajikan rakyat. Rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia terlalu dahagakan kebajikan mereka dipedulikan dengan adil.
Sebagai AMK K.Lgt, kami percaya tunjang kehadapan untuk kukuh parti adalah terletak pada bijaksana AMK dan cara pentadbiran Cabang yang terbaik dipertingkatkan.

Sementara itu diKuala Langat juga banyak program yang berlaku pada hari yang sama.

Saya selaku Ketua AMK Cabang Kuala Langat ucap tahniah pada pengerusi program cabaran memancing dan jawatan kuasa serta sokongan Ketua Anak Merdeka Kuala Langat berjaya melaksanakan program tersebut di kolam memancing Danau Toba Kampong Sri Ceding. Penyertaan peserta amat menggalakkan.