Jul 27, 2009

AMK Cabang K.Lgt Kesal Sikap Ahli Majlis Dari KEADILAN Yang Tidak Jujur.

AMK Cabang K.Lgt diberitatu oleh salah seorang Ajk Cabang, Ahli Majlis MDKLgt dari KEADILAN cuba hendak memecat SetiaUsaha Cabang Sdr Abdul Rani. Tindakan terhadap S/u Cabang itu kerana didapati beliau(Rani) bercampur dengan AMK Cabang K.Lgt.

Atas kejujuran S/u Cabang untuk kebaikan, mereka cuba hendak berbuat sesuatu untuk menyingkir beliau. Walau apapun, AMK Cabang K.Lgt telah mengetahui dan tidak akan berdiam untuk membela kedudukan S/u untuk kebenaran.

Telah banyak korapsi yang dilakukan Ahli Majlis dari KEADILAN yang dipimpin oleh Norazmi terbongkar. Kini oleh kerana Tim. Ketua AMK Cabang K.Lgt sdr Razali telah dipilih menjadi Ahli Majlis, maka dapatlah AMK Cabang K.Lgt lebih mengetahui dengan tindakan dimana kesilapan yang akan berlaku nanti dalam kepimpinan Norazmi.

Yang menjadi tanda tanya pada AMK Cabang K.Lgt, kenapa beliau dipilih, bukan kerusi dari parti KEADILAN? Sedangkan beliau adalah berjawatan dalam AMK Cabang K.Lgt. Beliau dilantik dari kerusi NGO dan beliau sendiri tidak tahu dari NGO mana.

Walau pun begitu AMK Cabang K.Lgt, mengucapkan tahniah untuk sdr Razali kerana pada hari ini Isnin 27 Julai 2009, jam 2.30pm telah selamat mengangkat sumpah jawatan dan berjanji melaksanakan amanah yang disandang untuk keadilan rakyat Kuala Langat. Itulah janji beliau katanya.