Jul 17, 2009

1 Malaysia, Kepentingan BN didahulukan.........

SHAH ALAM: Tujuh orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar - kedua-duanya dari Pakatan Rakyat - ditahan polis di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 150 orang yang berdemonstrasi di luar Plaza Masalam kira-kira pukul 10 pagi tadi susulan insiden semalam.

Semalam, mayat Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira 1.30 tengah hari.

Kebanyakan mereka yang berkumpul telah meninggalkan kawasan pekarangan plaza itu kemudian.

Anggota polis dan FRU diletakkan di plaza tersebut.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir di plaza itu untuk mengadakan pertemuan dengan SPRM.