Jun 3, 2009

Muktamar Pemuda PAS ke-50 membuka tirai


Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-50 sudah membuka tirainya, kini para tetamu dan perwakilan Pemuda mula masuk ke Dewan Dato' Fadzil Noor di Taman Melewar.

Antara tetamu yang hadir ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Sasterawan Negara, A Samad Said, Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar, Ketua Pemuda Nasional DAP, Loke Siew Fook, Presiden Abim, Yusri Mohammad; wakil Kelab Penyokong PAS, Vincent Lee, pemerhati dan petugas media.

Acara bakal dimulakan sebentar lagi dengan perasmian pembukaan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan ucapan dasar Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub menyusul selepas itu.

Muktamar kali ini bertemakan "Mempersada Perjuangan" dan sinonimnya muktamar kali ini adalah pemilihan saf kepimpinan pemuda yang akhirnya menyaksikan tiga jawatan utama dimenangi tanpa bertanding.

Jawatan Ketua Pemuda disandang, Ustaz Nasharudin Hassan, sementara timbalan, Azman Shapawi Abdul Rani dan Naib, Ahmad Sabkhi Yusof.

Muktamar ini juga akan menyaksikan muktamar terakhir buat Ketua Pemuda yang lama, Salahuddin Ayub yang akan meninggalkan legasinya kepada kepimpinan baru




No comments:

Post a Comment

good