Jun 9, 2009

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

elasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

No comments:

Post a Comment

good