May 23, 2009

Pakatan Rakyat kesal majikan larang pekerja bersolat


Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakan sebuah syarikat MLM yang menghalang pekerja Islamnya daripada mengerjakan ibadah solat semasa waktu bekerja.

Dalam sebuah memorandum yang dikeluarkan, pihak pengurusan syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).

Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Pihak pengurusan telah memansuhkan masa untuk solat semasa waktu dan tiada pekerja yang dibenarkan untuk berhenti solat kecuali yang dibenarkan pada hari Jumaat dari jam 1.00 hingga 2.00 petang.

Mengulas perkara ini, Anuar berkata, pihaknya memandang berat arahan syarikat tersebut yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat yang kewajiban seorang Islam.

Kata beliau, perkara ini adalah serius yang tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan juga bercanggah dengan prinsip perlembagaan yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing.

No comments:

Post a Comment

good