May 31, 2009

Keputusan Rasmi Dr. Mansor Peroleh Majoriti 5,558


Calon KeADILan Dr. Mansor Othman menang besar hari ini dengan majoriti 5,558 undi jauh lebih baik dari jangkaan walaupun hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang sahaja yang keluar mengundi.

Aminah Abdullah memperolehi sebanyak 392 undi dan hilang wang pertaruhan, Nai Kha Ari mendapat sebanyak 494 undi, hilang wang pertaruhan dan Kamarul Ramizu Idris memperolehi undi sebanyak 56 serta hilang wang pertaruhan.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

good