Apr 11, 2009

Selangor Berhasrat Majukan Industri Eko-Pelancongan

Thursday, 09 April 2009 | Ruangan: Berita

SEPANG, 9 April - Selangor berhasrat memajukan industri eko-pelancongan bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar yang turut memangku portfolio Alam Sekitar berkata dalam masa sama program pendidikan alam sekitar perlu diperbanyakkan selaras dengan usaha memajukan industri eko-pelancongan berkenaan.

Beliau berkata daerah Sepang, adalah antara kawasan yang boleh dimajukan dengan industri itu khasnya di Pusat Interpretasi Alam Sekitar (EIC) yang terletak di pekan lama daerah ini.

Katanya, kelebihan pusat itu yang menyediakan aktiviti eko-pelancongan boleh digunakan sebaik mungkin oleh penduduk setempat untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

“Lokasi seperti ini perlu diperbanyakkan bagi menarik kedatangan pelancong yang boleh tinggal beberapa malam di sini dan menghayati keindahan alam sekitar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan EIC di sini tengah hari tadi.

Sementara itu, EIC yang dibangunkan dengan kerjasama Sepang Gold Coast dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) menyediakan pelbagai aktiviti eko-pelancongan antaranya aktiviti menyusuri sungai, aktiviti memerhati burung, program sehari bersama Mah Meri, kembara di pantai dan kembara hutan paya bakau.

EIC yang mendapat tajaan sebanyak RM300,000 daripada Sepang Gold Coast ditubuhkan untuk memberi kesedaran dan pendidikan alam sekitar selain mempromosi eko-pelancongan kepada orang ramai. - NOOR ALLIA KASSIM

Dr A Xavier berkata sesuatu kepada Presiden Sepang Gold Coast, Ho Hok Seng dan ahli-ahli MNS yang hadir pada perasmian EIC tengah hari tadi.

Dr A Xavier berkata sesuatu kepada Presiden Sepang Gold Coast, Ho Hok Seng (dua dari kanan) dan ahli-ahli MNS yang hadir pada perasmian EIC tengah hari tadi.



keADILan

No comments:

Post a Comment

good