KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN BAHAGIAN KUALA SELANGOR
PARTI KEADILAN RAKYAT
02hb April 2009 bersamaan 06hb Rabiul Akhir 1430 H
BANTAHAN TERHADAP DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI KE-6
Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor sebulat suara menolak kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri
Justeru AMK menggerakkan kempen ‘ Say NO to Najib’ dan memobilasi rakyat di peringkat nasional dan antarabangsa dengan lebih hebat bagi menyedarkan rakyat dan dunia bahawa negara kini menuju ke arah sebuah negara diktator. Malahan kempen dan kesedaran ini akan diteruskan walaupun beliau telah dilantik secara rasmi.
AMK juga dalam kenyataan media ini mendesak dalam tempoh 100 hari pertama barisan kabinet baru negara agar memberikan perhatian khusus kepada
Pertama,mengembalikan keyakinan terhadap sistem keadilan dan kehakiman di negara ini. Memastikan bahawa sistem kehakiman negara dapat melaksanakan tugasnya ‘without fear and favour’.
Kedua, agenda memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat diperkasakan. Pengistiharan harta kabinet baru kepada umum dilaksanakan.
Ketiga,memperkukuh kembali ekonomi negara dan meletakkan kembali daya saing negara di peringkat serantau dan global. Menumpukan pelan pemulihan ekonomi negara untuk berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global.
Keempat, menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjamin keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,menjamin kebebasan akhbar dan bersuara. Sistem berpolitik dan demokrasi yang adil dan saksama.
Kelima,memastikan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dalam menangani isu kepentingan rakyat,pembangunan,kewangan dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan lebih terbuka dan adil.
AMK juga akan terus memantau prestasi kabinet baru negara agar mengambil pendekatan yang bijak dan adil ketika melaksanakan tugas dan harapan baru untuk kesejahteraan rakyat
AMK juga terus menerus meletakkan keyakinan yang tinggi kepada kebijaksanaan rakyat
Akhirnya, sekali lagi dinyatakan AMK akan terus menggerakkan rakyat untuk menjadikan negara ini melaksanakan sistem keadilan sosial,pentadbiran negara yang adil serta amanah, serta menjadikan negara ini menjadi role model sebuah negara yang rakyatnya mempunyai tamadun yang tinggi dan dihormati.
Kenyataan Akhbar Oleh :
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Bahagian Kuala Selangor
Parti Keadilan Rakyat
017-6543974
keADILan
No comments:
Post a Comment
good