Apr 10, 2009

DEPA KATA!!! PAKATAN RAKYAT KATA ?????

Pertikaian terhadap tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya selesai apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas di negeri itu masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel lima anggota, membenarkan permohonan tiga wakil rakyat berkenaan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang memohon perisytiharaan bahawa mereka adalah wakil rakyat yang sah.

Hakim Alauddin dalam keputusan yang mencipta sejarah itu turut memerintahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar.

Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.

Anggota lain dalam panel tersebut ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk S. Augustine Paul dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong.



AMkeADILanK.Lgt

No comments:

Post a Comment

good