Apr 19, 2009

15 MAT REMPIT ROGOL GADIS : INILAH HASIL DARI PENDIDIKAN NEGARA KITA


Kejadian jenayah seperti ini di kalangan juvana semakin hari semakin membimbangkan. Penjenayah-penjenayah ini yang sepatutnya masih di bangku sekolah atau Kolej sudah tidak berminat untuk belajar. Persekolahan dan pendidikan formal yang dilalui oleh mereka bermula dari tadika hingga Tingkatan lima iaitu lebih kurang 12 tahun langsung tidak dapat mendidik mereka menjadi insan yang kuat beragama dan berakhlaq.

Berita bahawa 15 mat rempit berumur 17 hingga 19 tahun merogol seorang gadis di Felda Chini, PEKAN PAHANG. Selasa lepas merupakan antara rentetan kejadian jenayah yang sering menghiasi dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini.

Kelemahan sistem pendidikan negara ditambah pula dengan suasana persekitaran di negara kita yang kerajaan sendiri menyuburkan budaya hedonisme, membiarkan tempat-tempat maksiat dan memberikan lesen untuk rumah-rumah urut, tempat hiburan menjadi remaja lebih mudah terjerumus ke kancah maksiat dan jenayah.

Malangnya setiap kali hal ini dibincangkan ibu bapa dijadikan mangsa di mana ibu bapa dituduh tidak pandai mendidik anak dan membiarkan anak-anak mereka menjadi liar. Memang tidak dapat dinafikan ibu bapa juga bersalah. Tetapi menuding jari meletakkan kesalahan 100 % kepada ibu bapa bagi saya tidak tepat. Sedangkan apabila anak-anak keluar rumah mereka terdedah dengan 1001 macam unsur-unsur dan tempat-tempat maksiat yang dibiarkan beroperasi oleh pihak berkuasa.

Ditambah pula dengan sikap kerajaan yang memberikan lesen kepada majalah-majalah separa lucah, gagal membendung penjualan CD lucah, rancangan TV yang hanya mementingkan hiburan, menggalakkan konsert dan sebagainya. Maka tidak hairanlah remaja menjadi liar dan ganas serta suka melakukan jenayah seperti rompak, rogol, rempit dan sebagainya.

Oleh itu sudah sampai masanya rakyat Malaysia menukar kerajaan BN yang jelas gagal mentadbir negara dari semua segi termasuk pendidikan. Pilihanraya ke 13 akan datang mari sama-sama kita tumbangkan BN dan digantikan dengan kerajaan PR yang Insya Allah akan mentadbir negara dengan adil, berkebajikan, telus dan lebih bertanggungjawab.



AMkeADILan

1 comment:

good