Mar 10, 2009

PERKENALKAN TONG BARU

Apa juga alasan yang diberikan oleh Khir Toyo bagi menutup setiap kesalahan beliau hanya akan dipercayai oleh orang-orang yang digajikan oleh beliau sahaja dan konco-konco yang mahu berkongsi jutaan wang yang beliau kaut ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu. Khir adalah satu produk yang dipilih oleh Tun Mahahthir dan diantara produk Tun yang silap . Khir Toyo dihumban oleh rakyat Selangor yang tidak lagi tertahan dengan sikap sombong angkuh dan rakus beliau ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, Orang India di negeri Selangor , langsung tidak boleh menerima beliau . Bagi rakyat miskin di Selangor juga tidak boleh menrima beliau , rakyat setinggan Negeri Selangor masih menyumpah dan masih tidak berganjak dengan sumpahan berketurunan kepada Khir dan keluarga. Penduduk kampung berembang sampai kiamat tak mungkin melupakan bagaiamana tanah mereka di rampas untuk pembangunan, Selagi ada tanah selagi itu akan dikaut oleh kontraktor yang menjadi kroni Khir, Siapa yang tidak tahu dengan syarikat lebar daun dan banyak lagi syarikat-syarikat pembinaan dibawah naungan Khir Toyo, Khir Toyo jugalah seorang menteri besar yang terkaya hanya dengan beberapa penggal sahaja pemerentahan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,

Kini kemarahan rakyat Selangor kian memuncak apabila nyawa dan harta terkorban dalam runtuhan tanah di negeri Selangor, Khir janganlah menafikan bahawa beliau langsung tidak terlibat selaku menteriu Besar Selangor dahulu, Jika projek berkenaan bukan projek beliau , pemantaun atau pembetulan perlu beliau lakukan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu, Perkara sebegini tidak akan berlaku jika tidak kerana kerakusan kroni dan kuncu beliau , Tanya 10 dari rakyat Selangor kemungkina 9 akan menyatakan bahawa mereka tidak mahukan Khir Toyo dan sebab itulah Khir Toyo dihumban dan hampir semua konco dan orang kuat beliau turut tehumban, Banyak idea-idea bangang beliau yang mahu dilaksanakan dan banyak perkara yang diluar jangkaan yang boleh seorang Menteri Besar lakukan telah dilakukan oleh beliau ketika menjadi Menteri Besar dahulu, Kaduk naik junujung itulah ungakapan yang boleh kita berika kepada Khir Toyo ketika menjadi Menteri Besar dahulu, Isi penyapu sememangnya satu isu yang tidak boleh dilupakan oleh pegawai kerajaan yang dihiuna dengan pemberian penyapu kepada mereka,

Ahamad Bahari , Allahyarham Datuk Zakaria , Dr Zainal , Mokhtar Dahlan , Daud dan banyak lagi pemimpin veteran UMNO yang cuba dicantas oleh Khir Toyo ketika di zaman pemerentahan beliau kini menajdi sebahagian dari penentang kuat beliau. Satu demi satu keburukan Khir Toyo didedahkan dan sampai bila Khir akan terus menafikan dan menutup bangkai gajah yang telah berbau dengan sehalai daun pisang,Berapa banyak wang yang akan Khir Toyo terus laburkan bagi menutup perkara busuk yang beliau lakukan. Rakyat Selangor akan terus bangun menolak kepimpina Khir Toyo ,selagi Khir Toyo bangun sebagai pemimpin UMNO selagi itulah Selangor akan terus dijajah oleh pembangkang. Bersihkan Khir Toyo di bumi Selangor kerana rakyat Selangor tidak mahukan beliau lagi.


Ketua AMK Bhgklgt.
keADILan

1 comment:

  1. orang yang menyokong khir, adalah orang bermasaalah seperti khir juga.

    ReplyDelete

good