Mar 17, 2009





Ahli UMNO Belum Sedia Buang Pemimpin Rasuah

Sidang media Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail di Bilik Mesyuarat, Tingkat 38, Ibu Pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 4 petang ini bakal menjadi tumpuan, khususnya ahli Umno.

Pada sidang media petang ini, Tengku Ahmad Rithauddeen akan membuat pengumuman penting yang ada kaitannya dengan laporan beberapa calon yang merebut jawatan tertinggi Umno, hujung bulan ini terbabit dalam politik wang.

Beberapa calon yang merebut jawatan penting termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Pemuda Umno antara spekulasi yang dikaitkan dengan kemungkinan digantung daripada bertanding.

Hari ini tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.

Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.

Mereka diberitakan diminta berbuat demikian oleh calon-calon yang merasakan diri mereka akan tersingkir dari kelayakan bertanding di dalam pemilihan nanti.

Perbuatan tersebut dilihat sebagai percubaan ahli-ahli UMNO untuk menekan Lembaga Disiplin supaya menerima calon-calon yang terlibat di dalam politik wang untuk bertanding di dalam perhimpunan.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama ahli-ahli UMNO membuat tidakan sedemikian. Sebelum ini ahli-ahli UMNO pada 30 Januari lalu mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang. Mereka berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn mdengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Katanya, masalah parti harus diselesaikan di peringkat dalaman.

"Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anggota MT.

Tetapi apabila gejala politik wang disiasat sendiri oleh Lembaga Disiplin UMNO, mereka kini mengalihkan serangan mereka kepada Lembaga Disiplin pula.

Telah menjadi budaya ahli-ahli UMNO untuk tidak membenarkan pemimpin mereka disiasat walaupunpun telah terang dan nyata melakukan rasuah tetapi cukup galak untuk mendesak SPRM menyiasat pemimpin Pakatan Rakyat walau tanpa sebarang bukti kukuh.

Mengenai khabar angin yang mengaitkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dengan politik wang, Mohd Ali menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan sama ada beliau bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang.

"Tu kena tanya Lembaga Disiplin UMNO," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di kediaman rasminya di Seri Bendahara di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO petang ini, Mohd. Ali berkata: "Saya akan ke Ipoh, Perak petang ini untuk majlis memperkenalkan calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO."

2 comments:

  1. tak payah lah umno/bn nak pura-pura bbetulkan parti itu...

    dah parah..dah tak blh ubati..

    tunggu saat-saat shj..

    ReplyDelete
  2. Tolong link www.amksungaipetani.blogspot.com ke blog ini

    ReplyDelete

good