Feb 27, 2009

TRAGEDI PERAK: UMNO/BN "CHECKMATE"

Bagi para penganalisis politik & keselamatan, tiada istilah yang dapat digambarkan kepada UMNO/BN khususnya Najib ketika ini, di kala kemarahan rakyat kepada makhluk-makhluk ini terlalu memuncak. GOBLOK! BODOH & TIDAK BERMARUAH!
Situasi di Perak masih dalam keadaan tergantung dari segi pentadbiran. Bagi rakyat kekeliruan makin terserlah dalam sebarang proses permohonan atau tuntutan. Bagi peniaga & pelabur, dengan siapa perlu berurusan bagi sebarang ikatan perundangan serta MoU yang bakal ditandatangan? Mahu berjumpa Zamry takut perjanjian terbatal kerana dia dilantik atas kapasiti Menteri Besar Haram melalui 'Rampasan Kuasa'. Mahu berjumpa Nizar, beliau masih dalam proses perundangan untuk mengembalikan kuasa Pakatan Rakyat.
-
Ini amat menyukarkan. Bahana pengantungan oleh YB Speaker Sivakumar semakin terasa, kuasa MB sudah ditangan UMNO/BN tetapi tidak boleh digunakan. Bagi Pakatan Rakyat pula, kuasa dirampas, bagaimana mahu menjalankan tanggungjawab. Rakyat yang menjadi mangsa, yang susah rakyat. Semuanya berpunca dari kerakusan UMNO/BN untuk kekal memerintah. Kekal memerintah atas asbab mahu hidup kekal mewah.
-
Isu yang dibangkitkan selepas "Rampasan Kuasa" tersebut adalah isu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu padahal isu "Rampasan Kuasa" itu cuba ditutup. Sejak bila UMNO/BN menjadi pembela Raja-Raja Melayu. Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan dari Baginda Tuanku Azlan Shah melainkan komen dari beberapa pencacai yang tidak bermaruah. Baginda seolah terus senyap selepas "Rampasan Kuasa" tersebut. Rasanya baginda ada sebab tertentu untuk berbuat begitu & saya amat yakin komen yang agak keras di dalam "Buku Pelawat" di laman web baginda bukan tulisan dari penyokong Pakatan Rakyat melainkan provokasi dari pihak berkepentingan.
-
Khabar mengenai kunjungan wakil UMNO/BN ke England untuk bertemu Queen's Counsel (QC), bagi membincangkan mengenai kes Perak itu membuktikan UMNO/BN telah "checkmate" dalam rampasan tersebut. Semoga situasi di Perak ini akan tamat sesegera mungkin, kerana selagi situasi ini berterusan, rakyat makin terhimpit & Perak akan mundur tanpa sebarang pelaburan dalam masa terdekat ini.
-
Pesanan saya, pastikan semua perbelanjaan yang dibuat ketika Menteri Besar Haram ini memerintah direkodkan sebagai satu kecurian & rompakan oleh kerajaan haram UMNO/BN. Tak sabar rasanya menanti YB dari tempat kelahiran bonda saya di Pasir Panjang Laut memerintah semula. Insya Allah......
-
KAPT. AZMI AZILAN
keADILan

No comments:

Post a Comment

good