Feb 10, 2009

Nizar di halang masuk pejabat

MB Perak yang sah, DS Nizar yang hadir di depan SUK pada jam 11.10 pagi telah di halang masuk. Kini beliau sedang di dalam perjalanan pulang ke rumah rasminya dan di khabarkan akan membuat mesyuarat.

Di laporkan hampir seratus saksi yang melihat kejadian itu melaungkan jeritan "TAKBIR !!!" ketika kedatangan beliau di SUK.

Allahuakbar !!!

Bahawa 1 per tiga dari orang yang berada di keliling MB adalah polis berbaju preman.
Yang menarik adalah, DS Nizar tahu bahawa beliau tidak akan sesekali di benarkan untuk masuk ke dalam kawasan SUK. Cuma ... dia mungkin akan berkata, "Aku dah cuba jalankan amanah, tapi ada orang tak kasi".


Dan ... kalau dia hadir, berbaloi la tugas FRU dan wartawan hari ni.
Tapi mana gi MB palsu? Hilang, tak hadir atau tak nampak kelibat?


DS Nizar di depan SUK pagi ni


berbaju hitam - Demokrasi terkubur !!!
Takbir !!!

No comments:

Post a Comment

good