Feb 23, 2009

KENANGAN
SENDIRI MAU INGAT..... TAJUL ROSLI ?


(Hrkh) - Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajol Rosli juga tidak meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Idris Shah.

Ketika itu tidak ada satu 'suara' daripada Umno yang mengatakan bahawa keengganan Ghazali itu sebagai menderhaka kepada Sultan bahkan menyokong sebagai tindakan yang mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Demikian dijelaskan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung sejarah dan isu lantikan dan perletakan jawatan seseorang menteri besar di negeri ini.

Sultan Idris Shah tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua namun atas nasihat beberapa pihak, baginda melantiknya semula dengan syarat hanya selama dua tahun dan dipersetujui namun setelah 'tamat' tempoh, Ghazali tidak meletakkan jawatan.

Sultan ketika itu kata Nizar tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertakluk kepada undang-undang negeri yang mana tidak ada kuasa memecat atau mengarahkan menteri besar meletakkan jawatan.

"Bapa Tajol Rosli juga enggan letak jawatan walupun dititahkan Sultan dan mentadbir negeri selama dua tahun, kemudian meletakkan jawatan secara sukarela dengan nasihat Presiden Umno," katanya dalam ceramah di Kg. Serigala, dekat sini semalam.

Malah ketika itu Pemuda Umno mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali itu dan dilaporkan Pemuda Umno pernah mengeluarkan kenyataan yang bermaksud:"Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno."

"Patut la dia senyap aje,kena ke dia "

No comments:

Post a Comment

good