Feb 22, 2009

'INI MANUSIA TIDAK BOLEH DIGERTAK,' KATA KHALID IBRAHIM

keADILan

Kami AMK Bahagian Kuala Langat menyokong penuh MB Selangor TS Khalid IBrahim sebagai MB Selangor. Rata-rata penduduk Kuala Langat mempersoalkan isu pembelian 46 ekor lembu yang diagihkan untuk korban sebagai rasuah. Lainlah kalau MB membeli lembu-lembu tersebut untuk kepentingan peribadi. Kami harap MB tidak akan tunduk dengan tekanan dari SPRM yang dicucuk hidung oleh UMNO/BN.

Kami AMK Bahagian Kuala Langat merasakan telah tiba masanya untuk kerajaan negeri Selangor mendedahkan dan melaporkan salah laku dan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu terutama pemimpin UMNO/BN Selangor. Jangan beri lagi mereka ruang untuk bersuara di negeri Selangor. Kami sentiasa menyokong penuh dan berdiri teguh bersama-sama pemimpin Pakatan rakyat di negeri Selangor.

Sudah tiba masanya, kami menyeru kepada seluruh ahli-ahli, kepimpinan-kepimpinan Bahagian dan seluruh rakyat di negeri Selangor, marilah kita merapatkan saf, memperkukuhkan jentera, mengembeling tenaga dan mengungkap semua pandangan agar lebih kukuh dan jitu untuk bersama-sama mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan bagi menghadapi piliharaya umum ke 13 nanti.

SALAM REFORMASI

MEMBUJUR LALU... MELINTANG PATAH

AMK KUALA LANGAT.

2 comments:

  1. kpd TSKI semakin hari semakin kami ditekan...olih UMNO/BN

    Tunjukkan kpd mereka rupa paras kita yg ke2....

    dedahkan saja.....

    LAWAN TETAP LAWAN>>>>

    ReplyDelete
  2. anak jati selangor.February 22, 2009 at 5:32 PM

    apa hebat sangat, cakap tak bolih di gertak. anak toyo londeh satu persatu, baru tau .
    sebelum ni, kenapa nak simpan?
    agaknya nak tumpang selinap juge kut?

    MAMPUS LAH KAU ORANG. YANG PENTING HAK AKU SEBAGAI PENGUNDI, AKU NAK TENGOK SELANGOR TANPA RASUAH. AKU AKAN HENTAM KE 2-2 NI KALAU TAK BETUL.........!

    ReplyDelete

good