Feb 12, 2009


ANAK MERDEKA PENENTU MASA DEPAN....



Esok, 13 feb 09 Jumaat, SPR akan masyuarat dan umumkan hari penamaan calun serta tarikh hari pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Bukit Gantang, juga sebentar tadi, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz ada menyatakan Parlimen Bukit Gantang sudah tentu dan DUN Bukit Selambau tunggu esok semasa masyuarat dibentangkan sama ada kekosongan atau tidak.Walau apapun biarlah dengan keputusan SPR esok dan Pakatan Rakyat perlu bersedia persiapan untuk menghadapi PRK dikedua-dua tempat yang sudah tentu kekosongan kerusi itu.


Semalam YB Azmin mempengerusikan masyuarat diParlimen Merbuk membincangkan PRK Bukit Selambau. Beliau memperincikan perletakan jawatan YB Aru dan mengesahkan bahawa kerusi itu kosong walaupun YB Aru tidak bolih dihubungi. Apapun surat perletakan jawatan telah diterima olih MB dan telah perkenan Sultan. Tidak ada pertikaian kecuali SPR mengambil risiko seperti diPerak.


Perkara penting yang perlu bersedia dari Pakatan Rakyat adalah kelengkapan petugas-petugas muda yang diberi latihan secukupnya untuk menghadapi PRK itu nanti.

Anak-anak muda adalah penggerak kemenangan kearah perubahan. Sejarah lepas, setelah 3 kali PRU dan PRK beberapa kali berlalu, pengundi mudalah yang memainkan peranan kepada kemenangan daripada undi mereka.


Anak-anak muda perlu diberi perhatian dengan minda terbuka kearah kebaikan masa depan negara, bangsa, agama serta masa depan sosial/ekonomi.


Kepentingan mengundi adalah perlu dititik beratkan pada anak muda, masa depan mereka adalah penting kepada politik yang baik dari acuan pemerintah pilihan yang betul daripada anak muda.

Anak muda juga perlu bangkit memperjuangkan masa depan politik yang sekarang ini telah menjadi satu anggapan kepada pesta pilihanraya dan bukan lagi menjadi perkara penting masa depan ekonomi negara.


Penggerak/pemimpin parti politik dari Pakatan Rakyat bertanggungjawab, menerangkan agar minda anak muda kearah faham politik kepada masa depan penentu majunya ekonomi negara.


Anak muda diera lebih 50 tahun merdeka perlu bebas bersuara mengikut perlembagaan yang betul dan meraka perlu berubah kepada anak merdeka yang bersopan, matang menyuarakan Hak Asasi Manusia (HAM)


Anak Merdeka masa kini, adalah sayap kepada Pakatan Rakyat untuk tubuh Kerajaan Malaysia yang mantap, sepertimana Datuk Sri Anwar Bin Ibrahim impikan.


Anak Merdeka merubah teguh kepada Kerajaan PR, Ekonomi terurus baik, Negara maju, Rakyar selesa.


ANAK MERDEKA PANTANG DICABAR;

“MEMBUJUR LALU , MELINTANG PATAH.”

keADILan

olih K.A.M Bhg K.Lgt

1 comment:

  1. Teruskan perjuangan kamu AMK . Anak muda tetep menyokong apa yang baik.Kami akan tentang penderhaka dibahagian amk yang menzalimi hak amk.

    ReplyDelete

good