Feb 5, 2009

Silap Mata Ini Mainan Siapa?


"RAKYAT HAKIM NEGARA"

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) pada 3/2/09 mengumumkan kerusi
Dewan Undangan Negeri Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah. Tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya, kerana kuasa mengisytiharkan pilihanraya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah. Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihanraya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nyata sekali Datuk Seri Najib akan menghalang pilihanraya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat.

Apa penyudah sebalik semua ini?

Mungkin hanya tok dalang yang pandai bermain silap mata dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.

ANWAR IBRAHIM

qqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq


"KERAJAAN UNTUK RAKYAT"

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb KHAMIS)

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

“Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat hari ini 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

No comments:

Post a Comment

good