Dec 26, 2008

LEBIH 300 ORANG PEKERJA KONTRAK DIBERHENTIKAN.

NASIB PEKERJA KONTREK.....
KAW INDASTRI T.P.GARANG.
KUALA LANGAT.


Kami AMK Kuala Langat memandang serius masalah kegawatan ekonomi yang melanda di Negara kita. Semalam kami dimaklumkan salah sebuah syarikat besar (kilang letronik)di kawasan industri TPG Kuala Langat telah memberhentikan seramai lebih kurang 300 orang pekerja kontrak. Mereka telah bekerja lama dikilang tersebut, Juga telah kehilangan pendapatan harian untuk menyara hidup keluarga dan akan menghadapi keperluan anak-anak bersekolah, mereka kebanyakannya daripada penduduk tempatan di sekitar Kuala Langat.


Kami merasakan perkara ini perlu diambil tindakan segera kerana kebanyakkan syarikat yang mengambil pekerja asing untuk bekerja di syarikat mereka.Kami minta satu siasatan dijalankan. Sepatutnya syarikat-syarikat pengeluaran mengutamakan rakyat tempatan, kerana mereka ini di antara penyumbang ekonomi Negara.


AMK Kuala Langat memohon kerajaan Pakatan Rakyat mahupun kerajaan Pusat megambil perhatian perkara ini. Kami mahu kerajaan memantau dan memberikan apa jua bentuk bantuan ataupun kursus-kursus kepada mereka yang diberhentikan.






No comments:

Post a Comment

good