Dec 23, 2008

KILANG PLASTIK TERBAKAR, BERKEMUNGKINAN ADA MENYIMPAN MERCUN.

Selasa. Awal pagi lebih kurang jam 12 setengah malam AMK K.Lgt terima panggilan talipon dari ketua kampong (Wak Sarwan) memaklomkan kebakaran sebuah kilang plastik, di alamat Jalan Rajawali Sejangkang. Tim. K.A.M keADILan serta AJK AMK yang diketuai Penasihat sdr Abd Razak pergi meninjau dan didapati kebakaran kilang tersebut sudah tidak bolih dikawal lagi Api membarak dengan pantas.
Apa yang dilihat, kawalan keselamatan amat baik. Amat menyedihkan paip bomba tidak berpungsi, bomba terpaksa menyedut air longkang.
Kilang tersebut beroperasi 24 jam. Pekerja-pekarja dapat menyelamatkan diri. Didapati kilang tersebut, mengguna pekerja-pekerja warga asing.
Semasa kebakaran berlaku, letupan beberapa kali kedengaran dan disyaki juga bunyi letupan mercun. Besar kemungkinan kilang tersebut ada menyimpan mercun atau bunga api.
Selama ini rungutan orang kampong tidak diambil perhatian, maka akibatnya keselamatan orang kampong mungkin terancam.
Jam 4 pagi kami beredar balik setelah keselamatan nyawa dan sekitar terkawal. Awal pagi nanti kami akan meninjau dengan berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

good