Dec 16, 2008

KALAU TAKUT RESIKO, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN

Saya selaku Ketua Penerangan AMK Bahagian Kuala Langat merasa sungguh kecewa dengan apa yang berlaku di keADILan Bahagian Kuala Langat. Kemelut kepimpinan Bahagian Kuala Langat ini berlaku semenjak era kemenangan Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah terutama diNegeri Selangor, Norazmi di bahagian Kuala Langat menjadi tidak telus dan korupsi. Beliau adalah timbalan ketua bahagian dan sekarang memangku ketua bahagian.

Pemilihan AHLI -AHLI MAJLIS, dari parti keADILan beliau tidak berbincang dalam mesyuarat bahagian. Kemasukkan pelantikan ajk dibuat sesuka hati. Masukkan orang yang tidak dikenali tanpa siasat latar belakang dalam bahagian. Bermakna rombakan perlantikkan AJK-AJK tanpa persetujuan semua AJK yang dipilih dan banyak lagi isu-isu yang lain. Ramai AJK bahagian yang di pilih 2007-2010, juga kecewa dengan sikap sombong beliau. Mesyuarat bahagian tidak pernah di panggil/ di beritahu. Seolah-olah parti, bapak dia punya. Berapa banyak sumbangan terhadap parti yang beliau tonjolkan. Itulah keluhan AJK bahagian yang di sampaikan pada saya.

Kisah ini bermula apabila Norazmi tidak mengiktiraf kepimpinan AMK Bahagian 2007-2010. Begitu juga Norazmi menidakkan hak sdr Razak memberi penjelasan sebenar dan sebaliknya memfitnah beliau. Sdr Razak adalah Ketua Bahagian yang di pilih, perhidmatan beliau dari 2007-2010. Kami, AMK amat menghormati beliau. Semasa PRU 12 beliau amat gigih berkempin bersama ketua AMK kami untuk kemenangan. Beliau pun sekarang masih bergiat untuk parti membantu kami, AMK bahagian.

Kepimpinan AMK dipersoalkan apabila Ketua AMK iaitu Sdr Shaharuddin Shahabuddin dikatakan telah keluar daripada keADILan. Ini berlaku setelah setahun yang lalu berita dari media akhbar dan internet. Dalam perjuangan, kami dinasihatkan supaya tidak sesekali mempercayai apa jua cerita-cerita yang keluar dari akhbar BN mau pun internet. Kami selama ini tidak pernah berputus asa serta lemah semangat terhadap apa jua rintangan walaupun sedang melawan arus menegakkan kebenaran. Semenjak dari 1999 kami berjuang tanpa erti penat lelah dari segi wang mahu pun keringat tenaga.

Penangan pancutan air,gas pemedih mata mahupun duduk dalam balai polis, kami telah lalui dan kami tempohi dengan sabar.. Kami sedikit pun tidak gentar walau apa cabaran dan halangan yang mendatang. Rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama kami semasa reformasi, kini ada yang sudah menjadi YB. Tahniah.

Selepas kemenangan di Selangor, terutama parlimen Kuala Langat, kami seperti anak tiri apabila Norazmi mempersoalkan AMK. Walhal semasa PRU 12 yang lalu kamilah yang bersusah payah menggemling tenaga, mengerah keringat. Beliau kerap menghilangkan diri, sebab pandangan kami beliau tidak yakin kemenangan. Kebiasaan semasa pilihan raya yang lepas-lepas pun begitu juga.

Kami sentiasa meneruskan aktiviti dan program, dengan memberi penerangan kepada masyarakat terutamanya, memantau dan membantu golongan warga emas,ibu tunggal,miskin tegar dan oku. Kami juga bekerjasama dengan Pas semasa adanya program daripada Pas.

Walaupun kami tidak diberi peruntukan semasa PRK Permatang Pauh, kami tetap tampil sama-sama membantu untuk kemenangan PR yang diketuai oleh Sdr Fariz (tim. KAM Pusat). Kami ditempatkan di Seberang Jaya. Tempat penginapan di sediakan oleh sdr Razak. Selama 2 minggu kami berganti-ganti membantu jentera keADILan. Kami juga diberi surat penghargaan yang ditandatangani oleh Tim. KAM Pusat kerana perihatin beliau.

Setelah beberapa kali kami berbincang, dari hati kehati bersama Sdr Khairul Anuar( Jonah ) Ketua Amk Selangor jalan penyelesaian juga tidak ada. Jonah gagal menyelesaikan masaalah AMK dan menyokong Norazmi yang mengaku beliau sebagai ketua bahagian Kuala Langat.

Kami AMK merasakan ada yang tidak betul dan perlu AMK Pusat mengambil tindakan. (Untuk pengetahuan, Jonah ada kepentingan dengan Norazmi, yang jelas tersenarai nama dalam AHLI MAJLIS, MDKL. Setelah diketahui ramai, dan sekarang kekosongan telah menjadi masaalah. 2 kawasan dipegang seorang Ahli Majlis. Bila kami bertanya, Jonah tidak mengaku.) ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Mesyuarat agung tahunan AMK dihalang oleh Norazmi, beliau menurunkan semua kain rentang mesyuarat agung AMK. Kami telah membuat laporan polis supaya pihak keADILan Pusat dan Negeri menyiasat .Segala laporan telah kami berikan kepada perhubungan Negeri, pemuda neg, s/u agong dan DSAI. Sehingga kini tiada apa-apa jawapan daripada pusat.

Semasa bencana banjir dikampung Kebun Baru Telok Panglima Garang kami bersama-sama JKKK Kebun Baru berganding bahu membantu mangsa-mangsa banjir. MB datang, barulah kelihatan orang-orang Norazmi menonjol, Selepas MB tiada, mereka semua hilang. Adakah cara Norazmi betul? Tepuk dada tanya selera. Aktiviti kami pun mereka persoalkan. Jenis apakah pemimpin ini!. Sepatutnya mereka bersyukur dan berterima kasih kerana AMK datang tampil membantu mangsa-mangsa bencana banjir tersebut. Kami berasa teramat-amatlah kecewa dengan pemimpin seperti mereka.

Pada 19 November lepas, Yb Kuala Langat bersama wakil negeri (en Haris) mengadakan majlis dialog untuk ahli-ahli KeADILan tetapi belum pun sempat AMK membentangkan masalah dan persoalan, dialog telah ditutup. Semua ahli yang hadir, merasa kecewa dengan sikap YB yang sombong bongkak dan tidak tahu menghormati orang.

8 laporan polis untuk siasatan pihak parti terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan Norazmi di Bahagian Kuala Langat telah kami hantar kepada pihak berkenaan. Kami mohon supaya pihak Negeri dan Pusat melakukan tindakan bijak dan adil. Jika tiada sebarang tindakan, kami akan membuat laporan polis sekali lagi untuk siasatan polis dan BPR. Kami sudah bosan dengan segala alasan yang diberikan oleh pihak negeri dan pusat selama ini. Jika Parti telus dan perjuangkan hak rakyat, ambil kiralah hak kami bersuara, AMK Bahagian Kuala Langat yang tidak gentar kerana pantang dicabar, membujur lalu melintang patah dan kami sememangnya tidak “Takut Dilambung Ombak dan Berumah Ditepi Pantai”.Kalau pemimpin tidak betul kita betulkan ,sedarkan dan bimbing supaya rakyat tidak tertindas dan hilang kepercayaan.

Akhir kata salam reformasi dari saya selaku Ketua Penerangan AMK Bahagian Kuala Langat dan rakan-rakan AJK AMK Bahagian Kuala langat.

No comments:

Post a Comment

good