Terlebih dahulu syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri P. Pinang kerana terus komited untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan tulisan Jawi di dalam pentadbirannya di samping tidak mengabaikan bahasa-bahasa kaum yang lain. Tindakan jujur Kerajaan Negeri P. Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng benar-benar memalukan pimpinan UMNO kerana tercatat di dalam sejarah bahawa di bawah UMNO tulisan Jawi pernah dihapuskan di dalam sistem pendidikan. Kini, Lim Guan Eng ingin mengembalikan semula tulisan Jawi di semua papan-papan tanda dan Bahasa Kebangsaan tetap di `high light'kan. ( Click Di Atas)
No comments:
Post a Comment
good