AMK KLGT ( MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH )

Aug 21, 2009

SURAT LAYANG/MELAYANG YANG PENTING KANDUNGAN BERITA DISIASAT!!

page1gnjfupgtjr


Klik untuk berita seterusnya.

Posted by ...... at 11:16:00 AM
Newer Post Older Post Home

PAKATAN RAKYAT

PAKATAN RAKYAT

PR atau BN contohi apa yang diamalkan Tok Guru…

PR atau BN contohi apa yang diamalkan Tok Guru…




Permuafakatan kembalikan maruah politik negara

PAKATAN Rakyat perlu menjalin permuafakatan sejati antara kaum dan memberi penekanan terhadap pelaksanaan empat teras yang menjadi dasar bersama bagi mengembalikan maruah perjuangan politik Malaysia.

Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ia adalah cabaran utama Pakatan Rakyat dalam senario politik negara, selain menjalankan pentadbiran negeri yang dalam penguasaan, secara adil dan saksama.Tanpa melekeh serangan Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai antara cabaran penting, beliau berkata, kesepakatan antara KEADILAN, PAS dan DAP lebih utama.

Beliau tidak mahu konvesyen bersejarah itu sebagai kejayaan satu hari, sebaliknya disusuli usaha meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat membawa mesej dan fahaman politik berbeza.

“Orang Cina bukan hanya mementingkan isu orang Cina. Orang India bukan memperjuang sekolah Tamil sahaja dan orang Melayu tidak terus-terusan memperkata kelemahan dan meminta pertolongan ekonomi.

“Kita dalam Pakatan Rakyat mestilah memperjuangkan semua isu dan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya dalam blog beliau.

Empat dasar Pakatan Rakyat ialah menolak dasar perkauman dalam politik tanah air; menegakkan unsur demokrasi, keadilan dan keluhuran undang-undang selari kehendak agama dan kepercayaan; merencana dasar ekonomi yang telus dan mengira kepentingan rakyat dan menolak rasuah serta kerakusan kuasa.

Zaid berkata, perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat bukan semata-mata untuk perubahan tapi bertujuan menjadikan negara dan masyarakat di tahap lebih baik.

“Saya yakin semakin ramai orang Melayu Islam menyedari bahawa masyarakat bersih dari rasuah, penyelewengan dan korupsi adalah tuntutan utama dalam Islam.

“Apa jua label atau slogan yang dilaung-laung tidak sama apabila dibanding dengan nilai murni. Itu adalah Islam sebenar dan bukan hanya bercakap hal Islam,” katanya.

Zaid mengingatkan rakyat, Umno dan media kawalannya akan terus memperlekeh usaha murni Pakatan Rakyat dengan mengatakan ia hanya cakap-cakap kosong dan tiada perkara yang diketengah.

“Ada pula menuduh PAS menggadaikan perjuangan Islamnya. Inilah cara mereka yang biasa kita dengar; merendah-rendah, menghina dan menidakkan usaha baik orang lain,” katanya.

Dasar Pakatan Rakyat

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang

B – Pemisahan Kuasa

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil

A – Ekonomi Kemahiran Tinggi

B – Ekonomi Demokratik dan Telus

C – Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri

D – Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan

E – Tenaga Kerja

F – Jaringan Perlindungan Sosial

G- Perumahan

H- Prasarana dan Kemudahan Awam

I- Alam Sekitar

3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan

A – Perpaduan dan Keadilan Sosial

B – Agama

C – Pendidikan

D – Wanita dan Institusi Keluarga

E – Golongan Muda

F – Keselamatan

G – Kesihatan

H- Kebudayaan

4. Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

A – Sistem Persekutuan

B – Sabah dan Sarawak

C – Dasar Luar Negara

Free Traffic Counter
Montana DSL Internet Access

SEMAKAN SPR

AMK K.Lgt MENGUCAPKAN KEMENANGAN PRK MANIK URAI. DAN MENJADI KENYATAAN BUAT PR SETERUSNYA RAKYAT TERBELA.
Angka 6 dan 5 banyak yang tersirat dan tersurat. (rukun iman dan rukun islam)
65 mejoriti undi.


ANDA YANG BERTANGGUNG JAWAB BUATLAH SEMAKAN KALAU-KALAU ANDA TERSENARAI DIDAFTAR PEMILIH ATAU TIDAK PERGILAH MENDAFTAR KALAU-KALAU DIDUN/PARLIMAN ANDA PULA ADA PRK.BERSEDIALAH SEGERA.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH (SPR)
Klik gambar di Atas


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”


Arus Perjuangan



KASIHAN ANWAR IBRAHIM, ALMARHUM USTAZ FADZIL PASTI SEDIH.



KASIHAN ANWAR IBRAHIM, ALMARHUM USTAZ FADZIL PASTI SEDIH.

Oleh Bendahara Tun Perak

Assalamualaikum,

Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Lebih menyedihkan apabila ada kalangan ahli dan pemimpin PAS yang mula menunjukkan penentangan kepada saudara Anwar sehinggakan wujud label-melabel dalam PAS seperti ‘orang Anwar’ dan kalangan PAS yang dilabel ‘orang Anwar’ cuba dipulaukan dan dipinggirkan seperti Saudara Husam Musa.





Program KARNIVAL Keusahawanan Dan Kesihatan 6-7 JUN 2009


Objektif Program.

Setahun berlalu pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat, perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri terbukti. Namun begitu, Umno-BN tetap juga memutar belitkan fakta .
Mesyuarat bulanan AMK KLgt mencadangkan dan sebulat suara setuju untuk mengadakan program Karnival Keusahawanan Dan Kesihatan .

Tujuan AMK KLGT mengambil tanggungjawab untuk mengkukuhkan fakta sebanar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat amat rugi sekiranya tidak menonjolkan sesuatu program dari parti politik memerintah Negeri . Jika tidak berbuat sesuatu, apabila tiba PRU13 nanti ada kesan yg buruk menanti.

Berdasarkan kepada konsep "mengenal dan dikenali" program ini akan memberi impak yang besar kepada pemerintah setempat dan Kerajaan Negeri. Pihak pentadbir setempat memberi perkhidmatan kpd masyarakat dan pd masa yg sama pentadbir akan menerima kembali kepercayaan dan sokongan dari masyarakat.

Walaupun program2 Kerajaan Negeri yg telah di laksanakan oleh JKKK serta Ahli Majlis Daerah, rakyat masih merasa tidak berpuas hati , setiap kali AMK KLgt turun padang berjumpa dgn rakyat Kuala Langat , ramai memberi komen yang kurang menyenangkan .

MATLAMAT/TUJUAN
Negeri Selangor Maju Dan Berkebajikan adalah slogan Kerajaan Pakatan Rakyat . Dato Menteri Besar juga pernah berkata Merakyatkan Ekonomi Rakyat . Oleh itu negeri Selangor perlukan rakyat yang sihat dan boleh menjana ekonomi dengan baik.

Program yang dicadangkan oleh AMK KLgt akan membina kearah MENCARI,GOLONGAN SASAR dan KEMESRAAN.

1. Membuka gerai jualan untuk memperkenalkan Usahawanan
kecil di daerah Kuala Langat

2. Mempromosikan gerai Bazaar MDKL yang selama ini kurang dikenali.

3. Memperkenalkan JKKK serta Ahli Majlis Daerah kepada rakyat K. Lgt, dan menerangkan setiap aktiviti yg dilaksanakan.

4. Pemeran ajensi Kerajaan serta meja aduan.

5. Perkhidmatan TAWAS.

6.Sukan rakyat

7.Menjanakan/Meningkatkan Ekonomi serta mengiklankan perniagaan usahawan kecil berbentuk buku iklan, edaran percuma.

Dengan adanya program seperti ini, Kerajaan Pakatan Rakyat akan dikenali rakyat dan kesannya memudahkan pentadbiran Kerajaan.


MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH


Untuk Sebarang Aduan Di Sekitar Kawasan KUALA LANGAT Sila Hubungi

  • Num Tel Pejabat 03-31914970
  • Email amk_klgt@yahoo.com
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.