Dec 9, 2008

PENGERUSI TETAP keADILan 2007-2010 TERLANTAR SAKIT

8-Dis 2008 Sempena Hari Raya Quarban AMK Kuala Langat telah menziarahi warga emas 83 tahun yang sakit terlantar sejak tiga bulan yang lalu.Pesakit itu juga adalah Pengerusi Tetap keADILan 2007-2010 (Sdr En Mohamad Jani).

Beliau bersama isteri dan seorang anak kurang upaya tinggal di sebuah rumah sendiri dengan tidak berpendapatan.Isterinya 75 tahun juga agak uzur, memerlukan bantuan.Anak mereka yang kurang upaya telah mendapat bantuan Rm70 sebulan adalah tidak mampu untuk menyara keluarga.

Penasihat AMK Kuala Langat menyeru pihak yang berwajib perlulah melaksanakan masalah warga emas ini.Difahamkan Setiausaha JKKK menghantar surat permohonan bantuan JKM dua bulan yang lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak mendapat menyalurkan lagi sehingga kini.

AMK Kuala Langat menyeru pada pendokong parti atau yang prihatin dapatlah menghulurkan bantuan seperti wang atau bekalan makanan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga warga emas ini.
Pada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bolehlah menhubungi ketua AMK K.Klgt En.Shaharuddin (012 3343 135) atau Bendahari AMK K.Klgt En.Wiliiam (012 6797 464)

No comments:

Post a Comment

good