Dec 9, 2008

LAWATAN AMK K.Klgt BERSAMA AJK JKKK SUNGAI MANGGIS MEMANTAU ADUAN PENDUDUK KAMPUNG SG.SEDU

Petang tadi sekitar jam 4.00 ptg 8 Dis 2008 AMK K.Klgt bersama ajk JKKK Sungai Manggis diketuai oleh Penasihat AMK K.Klgt telah melawat longkang-longkang yang tersumbat kerana sistem perparitan tidak betul juga tidak pernah diurus oleh pihak yang berkuasa. (gmbr disblh)
Memandangkan aduan oleh penduduk sekitar,kami AMK ambil tanggungjawab untuk memastikan kerja JKKK terlaksana.Setelah di tinjau tadi wakil JKKK berjanji akan meguruskan atau menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada penduduk Sungai Sedu kerana membuat aduan dengan bijak untuk menyelesaikan masalah kampung.Rungutan salah seorang penduduk mengatakan adalah tidak adil hanya longkang lorong Sri Murugan sahaja dibersihkan.Kami hairan longkang lorong Sri Murugan dibersihkan dan yang lain tidak.Difahamkan pembersihan longkang tersebut dilakukan oleh Ahli Majlis Zon 11(Cik Janarthani). Dan bagaimana dengan longkang-longkang lain?

Pada masa yang sama juga penduduk mengadu,lorong jalan sebelah kedai runcit mengalami air bertakung,minta diperbaiki.Penduduk disitu menceritakan lorong itu baru diturap dengan tar yang baru semasa kempen pilihanraya Mac yang lalu.Hasilnya tidak memuaskan kerana penurapan tar itu adalah projek rasuah.

Setelah melawat masalah kampung Sg.Sedu, kami pula pergi diperkampungan estate kg Sg.Sedumelawat dua orang pesakit kulit yang agak serius.Pesakit-pesakit itu menceritakan kesusahan mereka dengan tiada perkerjaan akibat sakit kulit.Seorang pesakit (wanita muda) menceritakan beliau diberhentikan kerja oleh majikan kerana penyakit kulitnya.Beliau tidak mempunyai bapa dan tiada sumber pendapatan.Wakil JKKK saudara En.Meor berjanji akan mengambil tindakan. (gmbr dibawah sekali)



AMK K.Klgt akan terus memantau sebarang aduan/keluhan penduduk disekitar Kuala Langat sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil tanggungjawab.AMK mohon agar semua agensi pihak berkuasa akan menjalankan tugas masing-masing untuk membantu Pakatan Rakyat melaksanakan agenda kerajaan untuk rakyat.





No comments:

Post a Comment

good