Dec 15, 2008

AMK MEMANTAU KAWASAN KG. SG SEDU...

AMK K.Lgt mengucapkan tahniah pada JKKK Kg. Sg. Manggis, kerana keperihatinan melawat kg sg sedu. Rintihan penduduk Kg Sg Sedu merasa kecewa selepas 9 bulan Pakatan Rakyat memerintah, Pemimpin langsung tidak membuat sesuatu yang menitik beratkan masaalah penduduk. Kekecewaan mereka terubat setelah AMK serta rombongan JKKK melawat dan bertanya masaalah yang mereka alami.

Dimaklumkan juga JKKK akan bermesyuarat pada 28 dec 08 ini.
Semasa lawatan, penduduk mengajukan perbagai masaalah yang dialami dan mengadu ADUN atau wakil langsung tidak nampak datang untuk menyelesaikan masaalah keperluan kampong yang selama ini dibiarkan oleh BN.

AMK akan terus memantau dimana sahaja kawasan parliman K.Lgt yang mengalami masaalah seperti JKKK, Ahli Majlis, ADUN dan MP sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul. AMK bertanggongjawab pada parti dan kerajaan diperintah olih parti Pakatan Rakyat. Dan kerajaan telah melantik dengan tugas-tugas yang diamanahkan pada mereka.

Sejarah Kg Sg Sedu, 11 kali PRU tidak pernah, undi pembangkang menang. Kali ini keperihatinan pengundi-pengundi cuba beralih undi dan kemenangan teserlah pada P.R.
Peringatan pada yang bertanggongjawab buatlah kerja dengan rasa tanggong jawab.
Rakyat sentiasa tidak lupa apa janji parti semasa PRU yang lepas.
AMK merasa perlu menitik beratkan setiap masaalah/kritikan penduduk walaupun ia merasa pahit.

Pada semua rakyat K.Lgt, kami Angkatan Muda keADILan(AMK) menyeru agar bersabar kiranya kelewatan sumbangan atau pelbagai. Setiap masaalah tentu ada rintangan, tetapi AMK tidak berpatah arang.

No comments:

Post a Comment

good