Sep 28, 2008

PROGRAM KACAU DODOL TAPAI RAMADAN 2008


Angkatan Muda keADILan Kuala Langat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hj Yaakob Sapari dan rombonganya yang telah menghadiri program kacau Dodol Tapai Aidilfitri di Pejabat AMK Bahagian Kuala Langat (Vila Penawar Sg.Sedu) pada 27-09-08 yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir lewat malam.

Menurut pengusaha Dodol Tapai Pulut tersebut En Ruslan Bin Ratiman,beliau sebenarnya mewarisi mengusahakan dodol warisan ibunya Pn Marsini
Menurutnya lagi, dodol tapai pulut ini rasanya sedap dan lembut hasil campuran pelbagai ramuan.Gabungan bersama AMK Kuala Langat membuat dodol tapai pulut sebanyak dua kawah di pejabatnya di Sg.Sedu

Menurut pihak AMK Kuala Langat lagi sekiranya anda tidak berpeluang menikmati dodol ini anda bolehlah berpeluang menikmati pada hari Ahad bersamaan 12-10-2008 di perkarangan rumah terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim di alamat No 11 jalan 3/1 Bukit Segambut Dalam 51200 Kuala Lumpur.

Besar kemungkinan sekiranya kesempatan pada hari Deepavali yang akan menjelang pada bulan depan program seperti ini akan menjadi kenyataan.Kami AMK Kuala Langat menganggap program ini amat berjaya dan akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Tidak lupa juga dalam kesempatan ini kami AMK Kuala Langat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Sekapur sirih dari Amk Kuala Langat.
AidilFitri Mulia,maaf dipinta andainya :
TERkasar bahasa....
TERsilap bicara......
TERmarah yang tak kena....
TERtanya tak tentu hala....
TERsasul yang talk sengaja...
TERgurau kat mana-mana....
TERpekik ditelinga.....
TERhantuk di kepala.....
TERpinjam harta benda....
TERmoody tak semena-mena...
TERumpat bila-bila....
TERusik yang tak sepatutnya....
MAAFkanlah sekiranya bersalah...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment

good