
AMK Kuala Langat memandang serius tuduhan Media Perdana yang mengaitkan penyokong Pembangkang melakukan keganasan terhadap wakil Media dan Puteri Umno.
Ini kerana kami dari Parti keADILan dan Pakatan Rakyat yang AMAT menghormati golongan Wanita dan Wakil Media dari dalam dan luar negara tidak sekali berganjak melakukan perkara yang tidak senonoh seperti yang di war-warkan oleh media perdana .
Kami juga ingin menyatakan kalau ada segolongan yang berpakainan baju pembangkang atau memegang bendera parti keADILan ,PAS ataupun DAP tidak semestinya ahli atau penyokong Pakatan Rakyat.
Ini adalah muslihat Umno-BN yang sengaja menimbulkan kekeliruan untuk memancing undi dan mengalih perhatian para pengundi di Permatang Pauh dan penyokong Pakatan Rakayat .
Kami juga ada menerima dan membaca beberapa perkara dari ahli kami di Permatang Pauh dan di laman blog yang menyatakan Segelintir penyokong Umno-BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan Rakayat yang dianggarkan mencecah Lapan Puluh Ribu orang tetapi mereka tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan mereka yang boleh mencetuskan perkara yang tidak di ingini tetapi mereka bersabar menghadapinya .
Kenapa Media Perdana tidak membuat ulasan ataupun liputan terhadap perkara itu?
AMK Kuala Langat menyeru pengundi di Permatang Pauh Dan penyokong Pakatan Rakayat
Tidak keliru dengan PROVOKASI Umno-BN
Sekian Terima Kasih......
No comments:
Post a Comment
good